Showing posts with label cerpen ringkas. Show all posts
Showing posts with label cerpen ringkas. Show all posts
Friday, September 28, 2012
" Izinkan saya.."
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Saturday, September 22, 2012
Cinta itu milik Allah [4]
16 Mac 1993
Amman , Jordan
Seperti yang dirancang , Hafiz dan Ammar bersiar-siar mengelilingi bumi yang penuh barakah itu.
Hafiz : Ammar , aku penatlah. Kat situ ada bangku. Jom duduk.
Ammar : Alah , kau ni. baru sikit dah penat. Yelah , jom duduk. Aku pun penat sebenarnya.
Hafiz : Eh , tadi aku dengar kau kutuk aku. Hmm.. Maybe aku salah dengar kot.
Ammar memandang Hafiz dengan jelingan maut yang menikam.
Ammar : Kau ni. Cukup-cukuplah menganjing aku.
Hafiz : Eh , kau terasa ke? Hahahaha
Ammar : Ha! Ketawalah , dah penat bagitahu aku.
Hafiz : Kau ni peliklah.
Ammar : Eh , cepatlah! Aku nak jalan jalan lagi ni. Tak puaslah. Esok dah tak de masa , tak sempat.
Ammar bangun dari bangku sambil menarik lengan Hafiz
Hafiz : Hah? Alah , kan baru duduk.
Ammar : Jomlah. Kau ni macam orang tualah. Baru sikit dah tak larat.
Hafiz : A'ah. Makin beranjak tahun , makin meningkatlah umurku , betul tak?. Sebab tulah aku ni mudah letih.
Ammar : Kau ni bisinglah. Cepat!
Hafiz : Baiklah. Jom.
Mereka berjalan berinringan. Setelah beberapa langkah mereka berjalan , tiba-tiba.. BAP! Ammar terlanggar seorang wanita.
Wanita : اسف..اسف.. [ Saya minta maaf]
Hafiz : لا بأس.[Tidak mengapa]
Wanita : شكرا جزيلا , اخ. [Terima kasih , akhi]
Hafiz : عفوا [sama-sama]
Ammar terdiam tatkala melihat wanita itu berkata. Sungguh sopan dan manis tutur bicaranya.
Hafiz : Dah..Kau ni kenapa? Terlopong macam tak pernah tengok perempuan je.
Ammar tersedar dari lamunan..
Ammar : hah?! Eh , mana ada! Aku kagum tengok kau pandai bahasa Arab. Nanti kau ajar aku , ye.
Hafiz : Aku cakap benda yang aku tahu. Tu basic je. Perkataan tu aku belajar waktu sekolah rendah lagi. Yang tadi kau diam asal? Kau yang terkena , aku yang cakap.
" Nasib baik dia tidak tahu. Kalau tak , kantoilah yang aku terpegun dekat perempuan tadi. Eh , siapalah Dia ea? Suaranya lembut , jarinnya runcing , mesti wajahnya cantik. Kenapalah dia berpurdah tadi?" desis hati Ammar.
Hafiz : Ammar , kau ni dengar tak apa aku tanya tadi?
[Bersambung]
ً
Moga Allah redha ^^

Watak:
Ammar Fahmi (abi)
Sarah Farhana (ummi)
Nawra Aulia (anak abi ummi)
Najmi Hakimi (abang nawra)
Hafiz (kawan Ammar)
Farhan (kawan Ammar)
Julia Hana (kawan Nawra)
Nurul Jannah (kawan Nawra)
ً
Cinta AFTER nikah
In the name of Al-Haqq ,
AKU Sakinah. Kisah hidupku teramat sukar untuk dikongsikan. Tetapi , buat terapi sanubari semua , aku rela.Alhamdullilah , kisahku berakhir dengan kebahagiaan.
Aku dulu seorang yang agak bersosial. Selalu clubbing , pergi karaokae dengan kawan-kawan , dan aku ini agak seksi dari segi pemakaian. Satu lagi aku tertinggal , aku ni jenis yang perasan lebih. Aku perasan lelaki ramai suka kat aku. Tetapi , aku selalu kena reject bila aku nak usha seseorang.
Aku fed up. Lalu , aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku selalu berdoa pada Allah agar dikurniakan seorang pemuda yang akan menyayangi setulus hati.
Suatu Hari , aku ditakdirkan untuk menghadiri satu kursus. Di sana , ada seorang jejaka selalu memerhatiku. Aku berasa tidak selesa. Lalu , si dia mengaku bahawa dia telah suka padaku. Aku terlopong.
Walaupun dia suka pada aku , tetapi he is not my taste. Eee , please laa. Awak tu terlalu alim , tahu?!.
Benar , nak kata ustaz , tak pun. Tetapi dia memang sangat baik. Dia jenis tidak memaksa.
Aku ada seorang kawan baik. Safiyyah namanya. Dia ni rapat sekali dengan kawan akrab si dia. Mereka bersetongkol untuk satukan aku dengan dia. Mereka tipu si dia yang aku bukan tak nak , tapi malu. Heyy , aku memang tak naklah. Mereka bersungguh-sungguh. AKu pun tak tahu kenapa.
Dengan kesungguhan mereka dan perasan suka yang dikurniakan Ilahi , aku pun telah jatuh kasih padanya.
Akhirnya aku bersetuju untuk diijabkabul bersamanya. Aku memaklumkan kepada orang tuaku. Mereka setuju.Begitu juga dengan pihak lelaki.
Wedding kami simple sahaja. Dalam masa 3 bulan itulah persiapan hantaran , baju , khemah , makanan disiapkan. Orang lain buat hampir setahun. Tapi , aku? Pada hari perkahwinan , aku merasakan bahawa persiapan ini sungguh lebih daripada apa yang ku sangkakan. Aku ingat simple je. Itulah perancangan Allah , teratur..
Sekarang ini , aku bahagia bersamanya. Aku dilayan seperti permaisuri. Kerja aku hanya memasak. Si dia banyak membantuku. Alhamdullilah , ya Allah. Kau makbulkan doaku dengan mengurniakan seorang suami yang cukup menyayangiku.
Perasaan cinta itu bukannya harus di 'Delete' tetapi perlu di 'Hidden'kan untuk sementara waktu sehingga tiba waktunya untuk di 'Approve' oleh yang Si Dia yang Halal-FazlinaHumayra
" Awak cantik , caannntik sangat! "
AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba
perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin.
Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri.
Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk.
Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin.
Mata beralih pula ke arah skrin.Bingung. Bujang begini, telinga panas diterjah soalan 'bila nak berdua?'. Aku bukan jenis memilih. Aku pertahankan prinsip. Jodoh biar datang sendiri. Bukan dicari, bukan dikejar, bukan dihambat. Aku perempuan. Betul, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi jodoh takkan datang jika tidak dicari.
"Orang cantik macam kau ni pun susah dapat jodoh ke?"
Itulah yang selalu telinga aku dengar dari orang yang mudah menuding jari seperti menghunus pedang. Mudahnya menghukum. Kata-kata sinis yang mula membuat hatinya bengkak. Bengkak macam susu kotak yang dah kembung dek tercemar dengan Clostridium. Bila-bila masa boleh meletup. Memang aku tak pernah memilih dalam soal jodoh. Namun bila dicari pula, kata-kata inilah yang terucap. Setiap kali salam perkenalan dihulur, sang jejaka mula undur diri. Bingung. Terasa seperti dihina.
"Awak terlalu cantik untuk saya.."Ah! Alasan. Aku pasti ciri itu dulu yang dicari sang jejaka! Ramai teman aku yang sudah berdua- nikah. Mereka memang cantik dan lawa..ayu. Tak ada pula alasan itu yang diberi bila mereka berkenalan.. Aku bingung! Pening aku fikir alasan lain. Setiap kali tanya, itu alasan yang diberi.. Tak logik! Sudahnya aku hanya melihat dari jauh. Tidak berani dekat. Tidak berani melangkau ke fasa seterusnya. Aku diam.
Salahkah aku dilahirkan cantik?
Salahkah aku dikurniakan wajah lawa?
Salahkah aku diberi wajah ayu?
Tak layakkah aku dicintai?
Tak layakkah aku dikasihi?
Aku cuma inginkan seorang calon suami yang baik.
Aku cuma inginkan seorang lelaki yang jujur.
Bukan rupa, bukan kaya, bukan, bukan...
Ikhlas.. Ya ikhlas terima aku..bukan kerana rupa...
Akhirnya aku terjebak ke kancah PJJ... Perhubungan jarak jauh. Tak perlu jumpa. Tak perlu tayang muka. Walau beribu kali sang jejaka ingin menatap wajah, aku sedaya upaya mengelak. Biarlah aku dituduh tidak jujur dalam persahabatan. Aku rela. Telinga aku sudah fobia dengan ungkapan begitu.
Aku pandang skrin komputer riba. Mug berisi kopi panas diletak atas meja belajar. Lama skrin itu ditenung. Masih berfikir ayat apa yang hendak ditaip.
Sesekali dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai yang mula memercik ke cermin tingkap berwarna mula menitik turun, mengalir perlahan membawa bersama rasa asid yang hadir dalam tompokan air dari kepulan awan. Lama aku renung. Warna pelangi mula menjenguk keluar bila disinari cahaya matahari . Cantik! Sungguh indah ciptaan Mu ya Tuhan! Kali ini aku senyum.
Pandangan aku alih pula pada skrin komputer. Lama menunggu. Tiada balasan. Wajah aku mula berubah corak. Hati mula tertanya-tanya. Tangan kiri menongkat dagu.
"Mungkin nasib aku begini.. macam ni..aku serah pada orang tua jelah.."
Aku melangkah longlai ke arah tingkap. Hujan renyai masih mencurah. Kali ini bersama air mata yang cuba ditahan. Aku menoleh kembali pada skrin komputer. Satu mesej diterima. Aku segera bergerak ke arah meja semula.
'Maaf..kau terlalu cantik untuk aku jadikan suri hidup ku..'
Aku terdiam. Terkedu. Entah apa ter...lagi... Air mata mula tumpah. Semakin bingung. Tanpa paparan wajah juga aku ditolak. Apa yang harus aku lakukan lagi??? Mandi bunga??... Aku tak percaya semua tu.
SETAHUN berlalu. Hidup aku masih begini. Kini aku mula pasrah. Padanya aku berserah. Selama ini aku tidak pernah memilih. Aku juga ada naluri untuk memiliki. Aku mula memandang dunia ini tidak adil untuk perempuan seperti aku.
Otak mula memutarkan kembali kehidupan lalu aku. Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. Jadi tiada istilah kasih dan cinta pada sang jejaka. Aku dibesarkan dengan disiplin ketat. Tak boleh tu.. Tak boleh ini.. Pada ayah tak perlu cinta-cinta. Esok, kalau ada yang berkenan, terus kahwin.
Kata-kata itulah yang aku pegang. Tak perlu cinta. Aku hanya melihat teman-teman semuanya berdua. Ke hulu ke hilir. Aku takut. Takut untuk turut sama seperti itu. Aku terkontang- kanting seorang diri. Peristiwa dua tahun lalu yang mengajar aku begitu. Aku menyesal. Kata-kata ayah, aku sudah lupa tika itu.
************
"Kau okey ke?"
Aku angguk tapi gementar.
"Kenapa muka kau pucat?"
Aku pandang sang jejaka di sebelah. " Aku tak biasa.."
Sang jejaka tersenyum. "Aku bukan orang lain..nanti jadi bakal tunang kau juga."
Aku pandang pula tasik. Hati mula gelisah. Itulah kali pertama aku bersama dengan sang jejaka di tempat begitu.
"Fikir apa?"
Aku menoleh. "Err..tak ada apa.."
Sang jejaka mula dekat. Semakin rapat.
Aku semakin berdebar. Duk dak duk dak.
"Kau cantik.."
Sang jejaka memuji, yang aku rasa entah ke berapa ratus kali masa ungkapan itu dilontar ketika berhubung di alam maya. Dan ini kali pertama aku mendengar dari mulutnya sendiri di depan aku.
Aku jarakkan tubuh ku bila terasa tangannya mula merayap menyentuh tangan aku. Aku jeling tajam.
Sang jejaka buat tidak kisah. Dia mula tarik tangan aku dan cuba menciumnya.
Di kala itu aku merasakan aku sudah berada di suatu tempat yang lain. Lain dari bumi ini. Satu suara bergema kuat gempita menerobos masuk ke cuping telinga.
'Laa Taqrabuzzina!!!'Aku terus rentap dan lari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Sejak itu aku nekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki lagi. Jika adapun, hanya urusan kerja. Tidak lebih dari itu. Dan... ungkapan 'Awak terlalu cantik untuk saya..' sebenarnya hanyalah satu alasan. Aku ditolak hanya kerana tidak melayan ajakan sang jejaka untuk bertemu. Aku ditolak hanya kerana aku tidak mahu berpasangan seperti sepasang kekasih yang memadu kasih. Aku dianggap kolot. Aku dianggap pentingkan diri. Aku dianggap sombong. Aku dikatakan berlagak dengan kecantikan aku. Aku...terlalu banyak dugaan ..tak terdaya untuk aku luahkan.
******
KINI aku bersimpuh di bumi barakah. Meratap
kekesalan di masjidil haram, rumah Allah yang indah. Memohon keampunan
dariNya. Aku memandang sayu Baitullah. Air mata laju membasahi pipi. Doa
ku panjatkan agar aku bertemu jodoh dengan sang jejaka yang boleh
terima aku seadanya. Al ~
Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur'an surat Al – Isro' (17): 32
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur'an surat Al – Isro' (17): 32
Air mata aku tumpah lagi. Aku lihat sekeliling. Betapa hinanya aku di situ namun aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih bertimpuh depan Kaabah.
Aku solat sunat tawaf sebaik selesai mengelilingi tujuh pusingan. Aku bersyukur kepadanya. Limpah kurniaNya, aku ditemukan dengan sang jejaka yang memahami aku. Aku bersyukur, di rumah Allah ini, sang jejaka yang bukan kacak, bukan kaya tapi penuh iman di dada..
*****
DI BUMI sendiri, aku memandang keluar tingkap. Hujan renyai mula
membasahi bumi. Merenung jauh ke pemandangan hijau di luar. Pokok meliuk
lentuk ditiup angin yang menerpa laju sekali-skala. Berdiri aku di tepi
jendela yang usang. Kopi panas dalam mug aku hirup perlahan.
Sesungguhnya aku tenang kini.Sekali lagi aku melabuh punggung di tempat biasa. Skrin komputer aku renung lagi. Kali ini aku pasti mukadimah diri. Perlahan jari jemari aku menaip...
Maafkan aku..Aku senyum bila mendengar seseorang menyapa dari belakang . Aku menoleh.
Rapuh hati..rapuh jiwa..
Jalan itu yang aku lalui..
Meskipun rapuh...
Yang ku harap...
CintaMu yang bertakhta..
Maafkan aku..
Jika hati ini tak sempurna mencintaiMu..
Kerana aku rapuh...
Rapuh segala-galanya..
"Abang..ada apa?"
"Buat apa, tak tidur lagi?"
"Belajar menulis puisi..."
Alhamdullilah ala kulli hal ..
Saturday, September 15, 2012
Cinta itu milik Allah[3]
15 Mac 1993
Amman , Jordan.
Ammar dan sahabatnya , Hafiz selamat sampai di bumi Jordan. Tempat yang lama diidamkannya ketika dahulu.
Ammar: Hafiz , esok kejutkan aku tau.
Hafiz: Kita nak ke mana , esok? Kelas mula lusa.
Ammar: Hmm.. Kita jalan jalanlah esok. Kita lawat bumi Jordan sepuasnya. Lagipun , esok tak tahu nak buat apa.
Hafiz : Hmm..baiklah kalau begitu. Kau tidurlah dulu. Aku nak kemas baju ni dulu.
Ammar : oklah , selamat malam. Kau jangan tidur lambat pulak.
Hafiz : baik , bos.
Ammar hanya tersenyum. Lucu pula lihat rakannya sebegini. Macam kanak-kanak. Tiba-tiba..
Ammar : eh , Hafiz! Esok nak jalan kena cakap arablah kan?
Hafiz ternyata terkejut. Mana taknya , tiba tiba disergah.
Hafiz : Hey , kau ni! Buat terkejut aku je. Kalau tak reti nak cakap arab , cakap 'english' sudah..
Ammar : hehe , ye tak ye jugak ea. Ok.
Hafiz hanya menggeleng kepala. Tak faham dengan perlakuan kawannya itu.
16 Mac 1993
Hafiz : Ammar , berapa lama lagi kau nak mandi ni. Aku pun nak mandi jugak!
Pagi-pagi lagi kederangan Hafiz menjerit. Bukan apa , pagi lagi Ammar dah buat dia naik angin. Ammar kalau bab mandi , memang tip top.
Ammar : Kejaplah , aku tengah berus gigi ni.
Hafiz : What?! Baru nak berus gigi? Kau buat apa tadi , Ammar? Penatlah aku tunggu.
Ammar : Tadi aku menghadap cermin.
Hafiz : hmm..aku mandi luarlah.
10 minit kemudian..
Kedengaran tombol pintu dipulas. Hafiz baru selesai membersihkan dirinya.
Ammar : Hey , Hafiz. [Sambil tersengih]
Hafiz : Hai. Hailah sangat. Kau tahu tak , kau mandi macam perempuan tau. Macam manalah kau dah kahwin nanti? Mesti 'wife' kau marah , kan?
Ammar : Eh , kau ni. AKu belum bersedia nak kahwinlah. Dah2 , pergi siap. Aku tunggu kat bawah.
Hafiz : Yelah..

***
16 Mac 1993
Hafiz : Ammar , berapa lama lagi kau nak mandi ni. Aku pun nak mandi jugak!
Pagi-pagi lagi kederangan Hafiz menjerit. Bukan apa , pagi lagi Ammar dah buat dia naik angin. Ammar kalau bab mandi , memang tip top.
Ammar : Kejaplah , aku tengah berus gigi ni.
Hafiz : What?! Baru nak berus gigi? Kau buat apa tadi , Ammar? Penatlah aku tunggu.
Ammar : Tadi aku menghadap cermin.
Hafiz : hmm..aku mandi luarlah.
10 minit kemudian..
Kedengaran tombol pintu dipulas. Hafiz baru selesai membersihkan dirinya.
Ammar : Hey , Hafiz. [Sambil tersengih]
Hafiz : Hai. Hailah sangat. Kau tahu tak , kau mandi macam perempuan tau. Macam manalah kau dah kahwin nanti? Mesti 'wife' kau marah , kan?
Ammar : Eh , kau ni. AKu belum bersedia nak kahwinlah. Dah2 , pergi siap. Aku tunggu kat bawah.
Hafiz : Yelah..
Watak:
Ammar Fahmi (abi)
Sarah Farhana (ummi)
Nawra Aulia (anak abi ummi)
Najmi Hakimi (abang nawra)
Hafiz (kawan Ammar)
Farhan (kawan Ammar)
Julia Hana (kawan Nawra)
Nurul Jannah (kawan Nawra)
Tuesday, September 4, 2012
Cinta Itu Milik Allah [2]
15 Oktober 2011
Nawrah : Cepatlah , ummi! [Nawrah merengek inginkan jawapan umminya yang membisu dari tadi]
Ummi: Hah? Hmm.. Tanyalah abi kamu.
Nawrah : Abi , cemana?
Abi : Cemana apa? [dengan selamba abi buat buat tidak mengetahui.]
Najmi : Sudah..sudahlah tu , Nawrah. Dah mereka tak nak beritahukan , nak buat cemana?
Kita merajuk jom.
Nawrah Aulia dan Najmi Hakimi adalah sekepala. Apa yang mereka lakukan pasti sama. Ummi dan abi semakin pening melayan mereka yang banyak tanya ni.
Ummi : Hah , pergilah merajuk. Tak payah tahu cerita.
Nawrah : Aik , ummi pulak yang merajuk? Pelik ni. Ummi , cepatlah cerita.
Abi berdeham. Lalu memanggil kedua buah hatinya untuk duduk kembali.
Abi : Betul kamu ingin tahu ni?
Nawra dan Najmi : Nak! Nak!

8 Mac 1993
Farhan : Weh , aku ngan Haris dah tunang. Ko bila lagi?
Fahmi [abi] yang sedang mengelamun terkejut.
Farhan gelengkan kepalanya.
Farhan : Ammar Fahmi , ko dengar tak apa yang aku cakap?
Fahmi : Dengar.. Aku belum sedia lagilah.. Calon pun belum ada. lainlah kau.
Farhan : Kau hensem , pasti ramai yang minat kat kau kat luar sana tu. Kau cakap kat aku , kau nak yang cemana?
Fahmi : eh , tak payahlah. Susah susah je.
Farhan : Apa yang susahnya? Kat luar tu berlambak.
Fahmi : Dahlah. Aku datang jumpa kau sebab lusa aku dah nak bertolak ke Jordan. Nanti aku rindu kau pulak , tak pasal2 tak tido sehari.
Farhan : Ye , ke kau rindu aku?
Fahmi : Habis tu , buat apa aku jumpa kau?
Farhan : Eh , nanti balik sini jangan lupa kenalkan aku dengan ____________
Fahmi : Dengan sapa?
[Bersambung]
Watak:
Ammar Fahmi (abi)
Sarah Farhana (ummi)
Nawra Aulia (anak abi ummi)
Najmi Hakimi (abang nawra)
Hafiz (kawan Ammar)
Farhan (kawan Ammar)
Julia Hana (kawan Nawra)
Nurul Jannah (kawan Nawra)
Monday, September 3, 2012
Cinta Itu Milik Allah [1]
7 Oktober 2011
Ketika Perjumpaan Ibu Bapa..
Jannah : Nawrah ! 'Parent'mu sampai jua. [penat Nawrah menunggu ibu bapanya]
Nawrah : Ye , ke? Yeayy. Ummi dah sampai.
Dari jauh Nawrah melambai tangan ke arah mereka. Mereka hanya tersenyum.
Nawrah : Ummi , ni Jannah , yang ini pula Julia. Mereka kawan baik Nawrah.
Julia dan Jannah : Assalamualaikum.. [sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan ibu Nawrah]
Ummi sambut huluran mereka sambil menjawab salam.
Ummi : Julia dan Jannah sihat? Tak sampai lagi ke 'parent'mu?
Julia dan Jannah : Belum lagi , mak cik. Tak tahu mereka sampai bila.
Ummi ; Ohh , kalau begitu mak cik pergi dulu , ya. Nawrah , abang Najmi mana?
Nawrah : Kat kelas dialah kut. [selamba je Nawrah menjawab]
Ummi sekadar menggeleng. Lalu , ummi pandang abi dan berkata sesuatu.
Nawrah : Ummi , jomlah. Nanti lambat balik.
Ummi ; yelah..yelah.. Abang , jom! [sambil berpegangan tangan dengan abi , mereka melangkah]
Julia dan Jannah melihat , mereka tersenyum lalu mendapatkan Nawrah.
Julia ; 'Romantik' habis ummi abi awak. Padan sangat. Seorang cantik , seorang lagi kacak macam abang Najmi.
Nawrah : Gatai hang eh dengan abang cek. Mana tahu ummi saya cantik? Kan dia berpurdah.
Jannah : dengar suara lembut ummi awak , pun dah tahu. Mesti cun , kan?
Nawrah : Agaklah..
Mereka memandang ke arah pasangan bahagia yang sedang duduk sambil melihat rekod Nawrah. Mereka tersenyum. Sememangnya , Nawrah seorang pelajar yang pintar. Dia selalu mendapat 'top five' dalam kelasnya. Tiba-tiba..
Julia: Nawrah , tengok tu. Ummi awak lentokkan kepalanya di bahu abi awak. 'Sweet'nyerrr..
Jannah : Pastu , abi awak usap kepala ummi awak. Huihh.. Jeles ni.
Nawrah ketawa mendengar kata-kata kawannya itu sambil mata tidak lepas lepas memandang ke arah ummi abinya itu. Memang mereka sangat bahagia. Bagaimana mereka di awal perkahwinan dulu , ye?
[bersambung]

Cinta Itu Allah Punya [prolog]
***
Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu maghrib.Ummi : Nawrah ! Cepat sikit ambil wuduk tu. Abi tunggu Nawrah untuk solat jemaah sama.
Nawrah : Ye , ummi! Nawrah dah siap pun.
Gadis berumur 15 tahun itu berlari anak menuju ke arah ibu bapanya.
Abi : Cepat sikit , Nawrah. Nanti lambat.
Nawrah : Ok , siap!
Abi : Najmi , iqamat sekarang.
Najmi : baik , Abi.
Mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah yang berimamkan ketua keluarga [abi] iaitu Dr.Fahmi. Keluarga ini amat mengutamakan ibadah terutama solat.
Assalamualaikumwarahmatullah..
Assalamualaikumwarahmatullah..
Selesai solat , mereka ada sedikit perkongsian. Setiap hari begitu.
Nawrah : Ummi , kat sekolah tadi , cikgu Nadrah tanya macam mana ummi dan abi disatukan. Maksud Nawrah , ummi dan abi berkenalan gitu-gitu?
Dengan lembut besertakan gaya muka comel dia bertanya. Dia tahu umminya sedang terkejut dengan apa yang didengarnya.
Ummi: Erk.. [Kalut wajah ummi menjawab soalan itu sambil melihat abi. Minta jawapan abi terangkanlah tu.]
Nawrah tahu sangat , apabila ditujukan soalan itu , pasti mereka tidak mahu menjawab. Akibatnya , soalan itu masih disimpan rapi dalam mindanya kerana tiada jawapan ibubapanya. Dia ingin tahu sangat bagaimana mereka itu dipertemukan Allah. Dia sangat terharu akan kemanisan atau 'romantik'nya mereka itu walau sudah lewat usia. Kawan-kawannya pun kata begitu. " Nawrah , cantiknya ummi awak , pakai purdah lagi." celoteh rakannya , Jannah. "Romantik pulak tu dengan abi awak. Abi awak dahlah 'hensem'" Julia pula mengomen. Sudah lali dia mendengar solan yang sama bertubi2. Dia hanya mampu berkata " Tak tahulah. Bila saya tanya mereka , mesti mereka tidak jawab".
Minggu lepas ketika Perjumpaan Ibu Bapa Guru...
[Bersambung]
Watak:
Ammar Fahmi (abi)
Sarah Farhana (ummi)
Nawra Aulia (anak abi ummi)
Najmi Hakimi (abang nawra)
Hafiz (kawan Ammar)
Farhan (kawan Ammar)
Julia Hana (kawan Nawra)
Nurul Jannah (kawan Nawra)
Thursday, August 16, 2012
Dia hebat !
In the name of Al-Hakim..
Sehari sebelum cuti raya..
Tiada apa yang dapat dilakukan.
![]() |
| Anda memang hebat. Buktikanlah! |
Tiba-tiba si dia bertanya kepada ana..
" Ana nak buat warkah terakhir , boleh? "
Ana termenggu , berfikir sejenak
" Boleh , nak semua berkumpul ke?" Ana menjawab setelah kian lama berdiam.
" Hmm..memang nak suruh pun. Tapi , tanya mereka dulu." Pandai si Dia menyusun kata.
Lalu , sekali tanya , mereka sudah pun setuju. Alhamdullilah..
Dalam 5 minit sahaja , semua telah berkumpul.
Si Dia pun memulakan warkahnya..
[tak ingat isi kandungan]
semua tekun mendengar , menghayati
tapi , yan ana perasan , semuanya blurr , mungkin tidak berminat , ataupun tidak jelas , atau tidak faham? Bukan semua dapat dengar luahan hati orang , mungkin dek terlalu kiasan bahasanya.
Ia menjadi tanda tanya bagi ana.
Sesungguhnya si Dia memang hebat menyusun kata kata yang cukup indah , yang jarang didengar.
Ana memang kagum dengan Dia. Kalaulah ana mampu menjadi seperti dia , tetapi diriku tetap diriku , bukan orang lain.
" [si dia] punya diary , tiada siapa faham , tu yang best hebat menulis bahasa yang sukar difahami" Ayat Nuha masih terngiang2 di telinga.
" Tulah , ana buat benda ni bukan main sedih lagi , tapi bila baca , semua tiada perasaan" Si Dia berkata dalam nada hiba.
Simpati melihatnya. Lalu , dengan pantasnya ana menenangkan hatinya. " Dah , jangan sedih. Bukan semua dapat jadi macam awak, Awak hebat. Kita akui , awak memang hebatt.
Akhirnya , terukir jua senyuman di bibir lesunya walaupun ku tahu hatinya sedih. :)
Saturday, July 28, 2012
Lawak dalam Islam
In The Name Of Allah ,
![]() |
| Kalau lihat gambar ni , anda ingat apa? |
Dari dapur sudah kedengaran suara gelak ketawa. Ketawa siapa pun entahlah. Dalam hati tertanya tanya , apalah yang lawak sangat ni. Kaki dengan pantasnya bergerak ke ruang tamu.
Setibanya di ruang tamu , kelihatan Ammar , Riyad , Nadhirah di ruang tamu.
" Apa yang lawak sangat tu?" Ana memulakan bicara.
"Ni hah , Johan raja lawak ni.." Ammar menjawab dengan baki sisa tawanya.
Ana tersenyum. Kalau disebut nama Johan Raja Lawak tu , semua orang tahu.
Tiba-tiba je ana terfikir , kenapa zaman sekarang orang suka buat lawak , tapi lawaknya lawak yang tidak berfaedah. Sedangkan Rasulluah pun , buat lawak yang baik2 sahaja.
Kisahnya:
Suatu hari seorang warga emas bertemu Rasulluah lalu bertanya: " Wahai Rasulluah , adakah disyurga nanti , ada orang tua seperti aku? Lalu Rasulluah menjawab "Wahai orang tua , disyurga nanti semua orang muda2.Tiadapun yang tua. Orang tua tersebut berasa sedih. Kemudian , Rasulluah menyambung " Janganlah bersedih. Maksudku , bila disyurga nanti pak cik akan menjadi muda dan bukannya tua lagi.Semuanya akan menjadi muda dan cantik2 belaka." Orang itu tersenyum semula tatkala Rasulluah berkata sedemikian.
Begitulah Rasulluah yang berjenaka pada mulanya membuatkan orang tua itu berasa sedih , tetapi apabila diterangkan semula , orang tua itu tersenyum kembali. Betapa mulianya Rasulluah.
Hadis Rasulluah :
"Siapa yang banyak ketawa di dunia , dia yang banyak menangis merana di akhirat , tetapi , barangsiapa yang banyak menangis kerana-NYA di dunia , maka dia yang bahagia di akhirat.
Saturday, November 12, 2011
Ribut , hujan , mentari , pelangi
"ana buka blog seorang senior ana. ana tertarik dengan salah satu artikel yang dipost olehnya. ana pun copy lalu ana kongsikan di blog ana."
Terima kasih,
Kak Faten Nadhirah Muhd.Fauzi (clik di sini)
Saban
pagi, saya menyaksikan awan mendung berarak seiring dengan tiupan
kencang angin ribut. Usah dikata bagaimana gentarnya hati melihat
kegelapan langit pagi. Apakah sang mentari akan bersinar lagi? Atau..
kegelapan terus menyelubungi? Masih ada harapankah?
Entahlah,
adakalanya, saya merasakan bahawa alam menggambarkan apa yang bermain
di hati. Benarkah begitu? Atau, cara saya memandang alam yang
mempengaruhi cuaca ? Entahlah.. Apa yang pasti, hati saya juga dipenuhi
awan mendung dan angin ribut, serta masih menanti saat mentari bersinar
memberi harapan. Tapi, sampai bila saya harus begini, menanti dan terus
menanti? Puas saya menanti, namun, tiada tanda sinar mentari. Adakah
saya perlu menanti? Atau saya sepatutnya mencari?
Saya
menoleh, ' dia' juga seperti saya. Ya, kami berdua sedang ditimpa
ribut. Namun, masing-masing hanya berdiam diri, meskipun ketakutan dan
kebimbangan menyelubungi. Namun, mata tidak pernah menipu. Jelas
terpancar darinya meskipun mulut tidak bersuara.
" Awak okey? "
" Okey. Tak ada apa-apa, lah... Betul, tak tipu... "
Itulah
skrip kami saban hari. Tetapi, tuluskah kata itu? Tak tipu... atau...
menipu diri? Ribut semakin kencang. Ombak di lautan semakin mengganas.
Namun, kami masih di sampan masing-masing, terus berdiam diri.
Serba-salah, barangkali. Lebih membimbangkan, sampan kami hampir pecah.
Jika ia pecah, alamatnya, tenggelamlah kami berdua. Eh, bukan kami
berdua sahaja , bahkan semuanya. Pelayaran itu akan terhenti.
Hujan
mulai turun membasahi bumi, seolah menjadi saksi pada dua petang itu.
Alam seakan memahami bahawa kami memerlukan hujan itu. Hujan dari hati.
" Awak, saya rasa saya kena runtuhkan tembok itu. "
" Bukan awak. Bukan juga saya, tetapi, kita. "
Hujan
semakin lebat. Air deras mengalir, membersihkan lumpur yang meyelimuti
hati. Penuh ketulusan dan ketelusan. Perlahan-lahan, tembok itu runtuh,
cair dibasahi hujan. Sungguh, tidak terucap rasa syukur. Hujan pagi itu
adalah hujan rahmat, merupakan tanda satu permulaan yang baik.
Ya,
ia bermula. Matahari kian menampakkan wajahnya, di celah-celah awan
mendung. Wajah yang dulunya keruh, kini disinari cahaya pengharapan,
dihiasi sinaran mentari. Kami kini berada di sebuah kapal besar yang
lebih teguh dan utuh, lantaran dibina atas tautan hati yang berpaksikan
iman dan taqwa. Ya, wajah baru, semangat baru. Ruhuljadid.
Sang
mentari sudah bersinar terang. Pelayaran tetap diteruskan. Entah bila
dan di mana titik penghujungnya, kami sendiri tidak tahu. Namun, kami
tidak lagi gentar. Kerana kami yakin, pelayaran ini akan diharungi
bersama. Ya, segalanya bersama. Memori di sampan usang , kami akan
simpan di hati, dirakam sebagai memori supaya khilaf dulu tidak berulang
kembali.
Hujan
dan panas silih berganti. Kapal kami terus berlayar, membelah samudera
luas. Dari tingkap, saya menikmati pandangan langit nan biru. Nun di
sana tinggi, ada hadiah dari Ilahi. Sang pelangi menampakkan wajahnya,
menandakan detik kemenangan kian menghampiri. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah, terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)