Tuesday, May 24, 2016
Kita jaga Al-Quran , Al-Quran jaga kita.
Friday, July 10, 2015
Reflection
"CERMIN adalah salah satu medium untuk kita mengenal rupa dan diri kita. Sifat cermin adalah reflek. Ia refleksi pada segala apa yang kita lakukan dan simbolik kepada kenalnya diri.
MIMPI wujudnya wanita itu hanya KIASAN untuk menyampaikan yang bila kita melakukan sesuatu perlulah ikhlas semata-mata kerana ALLAH.
Bila kita benar-benar kenal siapa diri kita, segala perbuatan kita pasti menjurus kepada keikhlasan hati atas segala perbuatan baik kepada Makhluk dan Tuhan.
Pada mulanya lelaki tersebut tidak nampak perbuatan baik yang wanita itu lakukan. Mungkin disebabkan kehidupannya sebelum ini
membuatkan fikirannya sentiasa merasa pelik dan janggal apabila melihat sesuatu perbuatan baik.
Dan setelah cermin itu berada ditangannya, barulah dia mengerti perbuatan yang di lihat tadi adalah perbuatan-perbuatan
baik wanita tersebut. Maka dengan itu jugalah dia tidak lagi nampak dirinya dalam cermin tersebut bagi menyatakan 'la hawla wala quwwata illa billah'.
Bila hati telah yakin menyatakan segala perbuatan semata-mata kerana Allah maka sifat-sifat takwa iaitu 'Takut pada Allah' dan 'Akhlak yang baik sesama makhluk' saling reflek (sifat cermin) antara satu sama lain bagi menjadikan iman seseorang menjadi sempurna dimata yang Maha ESA.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita tergolong di kalangan insan-insan yang mempunyai iman yang sempurna. Amin."
Sunday, July 5, 2015
Jururawat
Tajuk: "Dia, Jururawat"
Penulis / Karya Tulen : Muhammad Rusydi / Rusydee Artz
"Kenapa bising-bising ni?"
Seorang jururawat senior masuk ke dalam wad. Dia nampak seorang jururawat pelatih sedang dimarahi oleh beberapa individu. Nampak seperti keluarga pesakit.
Menghampiri mereka.
"Macam mana korang buat kerja ni?!"
Seorang lelaki umur dalam lingkungan umur 40-an bercakap kasar dengan misi senior yang baru melangkah masuk. Diikuti dengan seorang wanita. Juga mulai memaki-hamun.
"Ni mak kami. Tapi, kalau kerja nak tak nak macam ni, panggil banyak kali pun buat tak reti saja, baik tak payah jadi jururawat!
Eh, kerja nurse memang basuh berak, basuh kencing, mandikan pesakit! Tapi, kami tengok service sini bukan main teruk lagi. Kami bayar mahal-mahal. Ambil insurans perubatan gred A nak check-in sini. Tapi, macam ni layanan yang kami dapat?!"
Wanita itu menyambung dengan menghamburkan kata cacian yang membingitkan gegendang telinga.
Semua ini gara-gara ibunya yang terlantar sakit, tiba-tiba buang air besar tidak menentu. Habis bersepah najis di katil pesakit. Bila mereka sampai di wad, jururawat tak ada di sisi ibu mereka. Bila panggil, lambat datang. Kebetulan masa tu waktu makan tengahari. Ada yang pergi solat, ada yang pergi makan.
"Maafkan kami, tuan, puan. Biar kami uruskan semuanya. Harap bersabar."
Jururawat senior cuba menenangkan keadaan. Namun, nampaknya tidak reda.
Anak lelaki makcik itu berang.
"Gila. Hospital swasta kot. Bukan hospital kerajaan. Kalau dah teruk macam ni, kami nak bawa keluar ke hospital lain!
Hari ini jugak!"
Jururawat pelatih hanya terdiam. Tak berani bicara. Biarkan saja jururawat senior yang handle.
"Bertenang, tuan. Pihak kami akan bereskan."
"Hish. Tahu tak kamu dah bazirkan masa kami. Kami keluar sekejap dari pejabat sebab nak ziarah mak. Tapi, jadi macam ni, lecehlah. Kena tunggu kamu nak bersihkanlah, mandikanlah. Nak tukar tilamlah. Aduhai!"
Wanita itu marah lagi.
Jururawat senior nampak seperti sudah hilang kesabarannya.
"Tuan dan puan, izinkan saya bercakap seketika. Minta maaf kalau terkasar bahasa.
Pertama sekali, ini wad. Jangan buat kecoh sini. Tak nampak ke sign 'jangan bising'. Mengganggu pesakit-pesakit lain.
Kedua, walaupun semua orang tahu tugas jururawat dan bidang skop jururawat untuk uruskan para pesakit.
Tapi, perlu juga kamu tahu, tugas utama dan wajib bukanlah pada kami sepenuhnya, tetapi pada semua anak dalam dunia ni.
Anak-anaklah yang wajib menguruskan dan melayani orang tua mereka 24 jam. Bukan kami. Kami tak mampu berada di samping pesakit sepanjang hari. Ada ramai lagi pesakit yang perlukan kami.
Kami bukan amah. Bukan orang gaji. Kami lakukan atas nama amanah. Hospital juga bukan rumah kebajikan orang-orang tua yang boleh sesuka hati sesiapa pun nak campakkan ibu-bapa mereka di sini.
Ketiga, bab aurat antara kami dengan pesakit. Adalah lebih baik aurat bapanya dilihat oleh anak lelakinya sendiri dan aurat si ibu yang sudah tua dilihat oleh anak perempuannya sendiri. Kami completely adalah orang luar bukan saudara-mara kamu dalam soal ini.
Seandainya kamu suatu hari sudah tua, adakah kamu tidak berasa malu mendedahkan aurat pada jururawat yang bukan mahram kamu pun? Pasti semua orang berasa malu.
Kami juga segan dan malu, tapi atas dasar tanggungjawab dan perubatan, kami laksanakan.
Lebih afdal anak kandung yang mencuci najis, basuh berak ibu dan ayah mereka sendiri.
Itu ayah dan ibu kamu sendiri. Yang kandungkan kamu, yang bela kamu sejak kecil. Yang basuh berak kamu ketika kecil tanpa rasa jijik dan kotor sedikit pun.
Tapi, bila dah dewasa, anak-anak terasa loya dan tak sanggup nak uruskan ibu dan ayah sendiri.
Keempat, Syurga dan Neraka anak soleh dan solehah. Bab ini, semua orang tahu, anak jenis macam mana yang boleh bawa ayah mak ke Syurga dan sebaliknya.
Kalau benar cinta dan kasih pada ibu dan bapa, buktikan!
Kenapa perlu maki kami, makilah diri sendiri yang tak sedar tanggungjawab sebagai anak!"
"Maaf, tapi mohon tuan dan puan keluar dari bilik ini sebab kami nak uruskan ibu tuan dan puan sekarang juga. Ramai lagi pesakit lain menanti layanan kami."
Lelaki dan wanita itu terkejut mendengar reaksi dari jururawat senior itu. Membalas berang seakan tidak insaf,
"Kami akan saman kamu semua!"
Dijawab sinis oleh si jururawat,
"Silakan. Jangan sangka kami tidak ada persatuan jururawat dan doktor seluruh Malaysia. Jangan sampai kami semua boikot dan tak terima langsung kamu sekeluarga di mana-mana hospital di negara ini lepas ini.
Ingat, kita takkan sentiasa muda. Tidak akan sentiasa sihat. Allah Maha Adil."
Pintu bilik wad ditutup.
Kedua manusia itu terkedu di luar bilik. Tidak puas hati. Namun, dalam hati mereka juga bimbang jika benar apa yang jururawat itu tadi katakan.
Kerna waktu berputaran.
Ada hari, 'kan sampai hukum Tuhan.
Mohonlah padaNya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk."
Subscribe to:
Posts (Atom)