Tuesday, May 24, 2016

Kita jaga Al-Quran , Al-Quran jaga kita.


Kisah benar penghafaz Quran dijaga oleh Allah daripada bencana.
Sebuah bangunan 5 tingkat di Mesir terbakar di bahagian akhir malam.
Semua orang bergegas keluar meninggalkan barang-barang mereka seperti api yang menyala-nyala telah melanda bangunan. 
Ketika matahari terbit, bangunan itu masih terbakar dan semua orang menyaksikan rumah dan harta benda dibakar menjadi abu. Tetapi rumah no. 13 SubhaanAllah, tidak terbakar! Di tengah-tengah api membakar walaupun flat atas dan bawah sekitarnya, ia tidak membakar. 
Apabila api mulai reda, semua orang pergi untuk melihat sejauh mana bencana mereka, tetapi Mohamed dan Munir penghuni rumah no. 13 hairan! Rumah mereka tidak disentuh api. Jiran-jiran semua datang untuk melihat sukar dipercayai. Rumah itu utuh, kabinet penuh dengan Al-Quran Suci adalah seperti mereka. Mohamed dan Munir adalah Hafiz Al Quran. 
Mereka berkata mereka cuba menghafal sekurang-kurangnya satu surah sehari-hari. Di atas meja di hadapan mereka adalah Al-Quran terbuka yang Munir mengajar anak-anak mereka pada malam itu. Mereka meninggalkan tergesa-gesa kerana api.
SubhanAllah Allahuakbar. Tiada yang lebih hebat daripada Allah.


Moga Allah redha ^^

Friday, July 10, 2015

Reflection




"CERMIN adalah salah satu medium untuk kita mengenal rupa dan diri kita. Sifat cermin adalah reflek. Ia refleksi pada segala apa yang kita lakukan dan simbolik kepada kenalnya diri.

MIMPI wujudnya wanita itu hanya KIASAN untuk menyampaikan yang bila kita melakukan sesuatu perlulah ikhlas semata-mata kerana ALLAH.

Bila kita benar-benar kenal siapa diri kita, segala perbuatan kita pasti menjurus kepada keikhlasan hati atas segala perbuatan baik kepada Makhluk dan Tuhan.

Pada mulanya lelaki tersebut tidak nampak perbuatan baik yang wanita itu lakukan. Mungkin disebabkan kehidupannya sebelum ini
membuatkan fikirannya sentiasa merasa pelik dan janggal apabila melihat sesuatu perbuatan baik.

Dan setelah cermin itu berada ditangannya, barulah dia mengerti perbuatan yang di lihat tadi adalah perbuatan-perbuatan
baik wanita tersebut. Maka dengan itu jugalah dia tidak lagi nampak dirinya dalam cermin tersebut bagi menyatakan 'la hawla wala quwwata illa billah'.

Bila hati telah yakin menyatakan segala perbuatan semata-mata kerana Allah maka sifat-sifat takwa iaitu 'Takut pada Allah' dan 'Akhlak yang baik sesama makhluk' saling reflek (sifat cermin) antara satu sama lain bagi menjadikan iman seseorang menjadi sempurna dimata yang Maha ESA.

InsyaAllah, mudah-mudahan kita tergolong di kalangan insan-insan yang mempunyai iman yang sempurna. Amin."

Moga Allah redha ^^

Sunday, July 5, 2015

Jururawat




Tajuk: "Dia, Jururawat"
Penulis / Karya Tulen : Muhammad Rusydi / Rusydee Artz

Ruangan dalam wad kecoh. 

"Kenapa bising-bising ni?"

Seorang jururawat senior masuk ke dalam wad. Dia nampak seorang jururawat pelatih sedang dimarahi oleh beberapa individu. Nampak seperti keluarga pesakit.

Menghampiri mereka.

"Macam mana korang buat kerja ni?!"

Seorang lelaki umur dalam lingkungan umur 40-an bercakap kasar dengan misi senior yang baru melangkah masuk. Diikuti dengan seorang wanita. Juga mulai memaki-hamun. 

"Ni mak kami. Tapi, kalau kerja nak tak nak macam ni, panggil banyak kali pun buat tak reti saja, baik tak payah jadi jururawat!

Eh, kerja nurse memang basuh berak, basuh kencing, mandikan pesakit! Tapi, kami tengok service sini bukan main teruk lagi. Kami bayar mahal-mahal. Ambil insurans perubatan gred A nak check-in sini. Tapi, macam ni layanan yang kami dapat?!"

Wanita itu menyambung dengan menghamburkan kata cacian yang membingitkan gegendang telinga.

Semua ini gara-gara ibunya yang terlantar sakit, tiba-tiba buang air besar tidak menentu. Habis bersepah najis di katil pesakit. Bila mereka sampai di wad, jururawat tak ada di sisi ibu mereka. Bila panggil, lambat datang. Kebetulan masa tu waktu makan tengahari. Ada yang pergi solat, ada yang pergi makan.

"Maafkan kami, tuan, puan. Biar kami uruskan semuanya. Harap bersabar."

Jururawat senior cuba menenangkan keadaan. Namun, nampaknya tidak reda. 

Anak lelaki makcik itu berang.

"Gila. Hospital swasta kot. Bukan hospital kerajaan. Kalau dah teruk macam ni, kami nak bawa keluar ke hospital lain!

Hari ini jugak!"

Jururawat pelatih hanya terdiam. Tak berani bicara. Biarkan saja jururawat senior yang handle.

"Bertenang, tuan. Pihak kami akan bereskan."

"Hish. Tahu tak kamu dah bazirkan masa kami. Kami keluar sekejap dari pejabat sebab nak ziarah mak. Tapi, jadi macam ni, lecehlah. Kena tunggu kamu nak bersihkanlah, mandikanlah. Nak tukar tilamlah. Aduhai!"

Wanita itu marah lagi.

Jururawat senior nampak seperti sudah hilang kesabarannya.

"Tuan dan puan, izinkan saya bercakap seketika. Minta maaf kalau terkasar bahasa. 

Pertama sekali, ini wad. Jangan buat kecoh sini. Tak nampak ke sign 'jangan bising'. Mengganggu pesakit-pesakit lain.

Kedua, walaupun semua orang tahu tugas jururawat dan bidang skop jururawat untuk uruskan para pesakit. 

Tapi, perlu juga kamu tahu, tugas utama dan wajib bukanlah pada kami sepenuhnya, tetapi pada semua anak dalam dunia ni. 

Anak-anaklah yang wajib menguruskan dan melayani orang tua mereka 24 jam. Bukan kami. Kami tak mampu berada di samping pesakit sepanjang hari. Ada ramai lagi pesakit yang perlukan kami.

Kami bukan amah. Bukan orang gaji. Kami lakukan atas nama amanah. Hospital juga bukan rumah kebajikan orang-orang tua yang boleh sesuka hati sesiapa pun nak campakkan ibu-bapa mereka di sini.

Ketiga, bab aurat antara kami dengan pesakit. Adalah lebih baik aurat bapanya dilihat oleh anak lelakinya sendiri dan aurat si ibu yang sudah tua dilihat oleh anak perempuannya sendiri. Kami completely adalah orang luar bukan saudara-mara kamu dalam soal ini. 

Seandainya kamu suatu hari sudah tua, adakah kamu tidak berasa malu mendedahkan aurat pada jururawat yang bukan mahram kamu pun? Pasti semua orang berasa malu. 

Kami juga segan dan malu, tapi atas dasar tanggungjawab dan perubatan, kami laksanakan.

Lebih afdal anak kandung yang mencuci najis, basuh berak ibu dan ayah mereka sendiri.

Itu ayah dan ibu kamu sendiri. Yang kandungkan kamu, yang bela kamu sejak kecil. Yang basuh berak kamu ketika kecil tanpa rasa jijik dan kotor sedikit pun.

Tapi, bila dah dewasa, anak-anak terasa loya dan tak sanggup nak uruskan ibu dan ayah sendiri.

Keempat, Syurga dan Neraka anak soleh dan solehah. Bab ini, semua orang tahu, anak jenis macam mana yang boleh bawa ayah mak ke Syurga dan sebaliknya.

Kalau benar cinta dan kasih pada ibu dan bapa, buktikan!

Kenapa perlu maki kami, makilah diri sendiri yang tak sedar tanggungjawab sebagai anak!"

"Maaf, tapi mohon tuan dan puan keluar dari bilik ini sebab kami nak uruskan ibu tuan dan puan sekarang juga. Ramai lagi pesakit lain menanti layanan kami."

Lelaki dan wanita itu terkejut mendengar reaksi dari jururawat senior itu. Membalas berang seakan tidak insaf,

"Kami akan saman kamu semua!"

Dijawab sinis oleh si jururawat,

"Silakan. Jangan sangka kami tidak ada persatuan jururawat dan doktor seluruh Malaysia. Jangan sampai kami semua boikot dan tak terima langsung kamu sekeluarga di mana-mana hospital di negara ini lepas ini.

Ingat, kita takkan sentiasa muda. Tidak akan sentiasa sihat. Allah Maha Adil."

Pintu bilik wad ditutup. 

Kedua manusia itu terkedu di luar bilik. Tidak puas hati. Namun, dalam hati mereka juga bimbang jika benar apa yang jururawat itu tadi katakan.

Kerna waktu berputaran. 
Ada hari, 'kan sampai hukum Tuhan. 

Moga Allah redha ^^

Mohonlah padaNya.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk."


Allah itu Ar-Rahman , Ar-Rahim. Selangkah kita dekat padaNya, beribu-ribu langkah Dia dekat dengan kita. Dia sentiasa sayang dan suka kepada hambaNya yang merintih padanya. Apa yang hambaNya minta, dia beri. Kalau dia tak makbulkan pun,ingatlah kita merancang ,tapi Dia jugalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. InsyaAllah. 

Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya. Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. Maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi.“

Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?”
Jawab lelaki itu, “Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal.”
Maka kata Imam Ahmad, “Sayalah orangnya. Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal. Demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”

Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

-Banyakkan berdoa dalam bulan Ramadan ini-



Moga Allah redha ^^