Monday, September 3, 2012

Cinta Itu Allah Punya [prolog]

15 Oktober 2011

***
 Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu maghrib.

Ummi : Nawrah ! Cepat sikit ambil wuduk tu. Abi tunggu Nawrah untuk solat jemaah sama.

Nawrah : Ye , ummi! Nawrah dah siap pun.

Gadis berumur 15 tahun itu berlari anak menuju ke arah ibu bapanya.

Abi : Cepat sikit , Nawrah. Nanti lambat.

Nawrah : Ok , siap!

Abi : Najmi , iqamat sekarang.

Najmi : baik , Abi.

Mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah yang berimamkan ketua keluarga [abi] iaitu Dr.Fahmi. Keluarga ini amat mengutamakan ibadah terutama solat.

Assalamualaikumwarahmatullah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Selesai solat , mereka ada sedikit perkongsian. Setiap hari begitu.

Nawrah : Ummi , kat sekolah tadi , cikgu Nadrah tanya macam mana ummi dan abi disatukan. Maksud  Nawrah , ummi dan abi berkenalan gitu-gitu?

Dengan lembut besertakan gaya muka comel dia bertanya. Dia tahu umminya sedang terkejut dengan apa yang didengarnya.

Ummi: Erk.. [Kalut wajah ummi menjawab soalan itu sambil melihat abi. Minta jawapan abi terangkanlah tu.]

Nawrah tahu sangat , apabila ditujukan soalan itu , pasti mereka tidak mahu menjawab. Akibatnya , soalan itu masih disimpan rapi dalam mindanya kerana tiada jawapan ibubapanya. Dia ingin tahu sangat bagaimana mereka itu dipertemukan Allah. Dia sangat terharu akan kemanisan atau 'romantik'nya mereka itu walau sudah lewat usia. Kawan-kawannya pun kata begitu. " Nawrah , cantiknya ummi awak , pakai purdah lagi." celoteh rakannya , Jannah. "Romantik pulak tu dengan abi awak. Abi awak dahlah 'hensem'" Julia pula mengomen. Sudah lali dia mendengar solan yang sama bertubi2. Dia hanya mampu berkata " Tak tahulah. Bila saya tanya mereka , mesti mereka tidak jawab".

Minggu lepas ketika Perjumpaan Ibu Bapa Guru...

[Bersambung]

Watak:

Ammar Fahmi (abi)
Sarah Farhana (ummi)
Nawra Aulia (anak abi ummi)
Najmi Hakimi (abang nawra)
Hafiz (kawan Ammar)
Farhan (kawan Ammar)
Julia Hana (kawan Nawra)
Nurul Jannah (kawan Nawra)

Moga Allah redha ^^