Friday, August 31, 2012

Kuatlah hatimu , wahai teman

Bismillah ala kulli hal..

[Post saya kali ini mungkin tidak panjang]

" Awak , janganlah menangis. Kuatkan semangat." Ku cuba memujuk hatinya yang sedih.

"Kita tahu. Tapi , tak boleh. Tadi kita nangis sorang2 dalam bilik. Nanti kakak kita nampak."

Aku tersenyum. Nampaknya dah ada cara untuk menceriakan suasana.

"Awak ni kan , time menangis pun boleh buat lawak ea."

Kedengaran gelak ketawa di talian. Alhamdullilah. Nampaknya dia sudah mula ketawa gembira,

"Awak ni ada ada je. Pandai awak ceriakan suasana." Dia ketawa sambil sisa ketawa.

" Dengar sini , awak luahkan rasa hati awak kepada kita. Takkan kita nak biarkan je. Tanggungjawab kita memberi semangat dan menhangatkan suasana ceria awak."

"Terima kasih , Sarah. Tidak salah kita menangis meluah isi hati kita kepada awak. "

"My pleasure"

Kuatkan lah nalurimu ketika kamu rebah. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang kuat berbanding yang lemah.

Tika kamu lemah dan rebah , berdoalah padaNya. Mohon kekuatan dariNya. Yang paling penting , ingatlah Dia , sayang~

"Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah , hatimu akan tenteram"
[Ar-Rad:28]





Moga Allah redha ^^