Ana tidak tahu mengapa. Dah cuba banyak kali , tapi tak bisa.
Tika ana hampir putus asa , ketika itu ana teringat pesan ustazah.
" Tika antum dalam keadaan buntu , ingatlah Allah. Serahkan masalah kita itu kepadaNya. InshaAllah , Dia akan bantu kita. Malah , kerja kita lebih teratur.
Lalu ana serahkan je pada Al-Haqq. Hanya Dia yang lebih mengetahui. Hanya Allah jualah sebaik-baik perancang. Jika kita serahkan segalanya pada Allah , kita akan bahagia , urusan lebih mudah , dan ketaqwaan kita pada Allah makin bertambah. InshaAllah..
" Awak , janganlah menangis. Kuatkan semangat." Ku cuba memujuk hatinya yang sedih.
"Kita tahu. Tapi , tak boleh. Tadi kita nangis sorang2 dalam bilik. Nanti kakak kita nampak."
Aku tersenyum. Nampaknya dah ada cara untuk menceriakan suasana.
"Awak ni kan , time menangis pun boleh buat lawak ea."
Kedengaran gelak ketawa di talian. Alhamdullilah. Nampaknya dia sudah mula ketawa gembira,
"Awak ni ada ada je. Pandai awak ceriakan suasana." Dia ketawa sambil sisa ketawa.
" Dengar sini , awak luahkan rasa hati awak kepada kita. Takkan kita nak biarkan je. Tanggungjawab kita memberi semangat dan menhangatkan suasana ceria awak."
"Terima kasih , Sarah. Tidak salah kita menangis meluah isi hati kita kepada awak. "
"My pleasure"
Kuatkan lah nalurimu ketika kamu rebah. Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang kuat berbanding yang lemah.
Tika kamu lemah dan rebah , berdoalah padaNya. Mohon kekuatan dariNya. Yang paling penting , ingatlah Dia , sayang~
"Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah , hatimu akan tenteram"
Ketika itu , ana amat akrab dengan A dan B. Akrab amat.
Mereka ini suka sangat memujiku. Aku , kalau dipuji tak senang duduk. Cepat2 istighfar mohon ampunan dari-Nya. Bukan apa , pujian , pangkat , harta , kecantikan bukan boleh dibawa pun sampai mati. Yang dibawa hanya bekalan amal.
" Sarah , ana jealous ngan awak. Dahlah pandai , kuat menghafal , tulisan cantik pulak tu."
Ana sekadar tersenyum. Bukan bangga , tetapi sedang sedapkan hati yang dibisik syaitan. Nauzubillah.
" [A] , ana ni bukan apa pun. Enti pun apa kurangnya , famous , lagi ana jealous tahu!"
Kami ketawa terkekek-kekek.
"Lagi satu , awak ni pandai ambil dan jaga hati orang eh?"
" Satu je matlamat ana , jangan bagi orang berasa tidak senang apabila bersama kita"
Ana tersenyum , dia juga.
Tiba-tiba azan berkumandang..
" Ana mengajaknya untuk menunaikan ibadah fardhu. Tetapi , dia kata dia nak solat di rumah.
Sedih.Hiba. Tu yang ku rasa tatkala permohonanku ditolak.
Dengan kudrat yang ada , ku cuba sekali lagi.
" [A] , jomlah solat. Solat tidak boleh dilengahkan. Ana ajak enti , supaya sama sama kita masuk syurga. Level yang sama pulak tuh. Ana tak nak ana masuk syurga , tetapi enti terpesong ke neraka. Tak nak sama sekali."
Terpapar sedikit kekesalan di wajahnya. "Jomlah. Terima kasih kerana ingatkan ana. Uhibbukifillah"
Tersenyum. Alhamdullilah..
Tatkala engkau hampir menjunam ke neraka , aku tidak peduli. Kau sambutlah huluranku dan akan ku tarikmu ke syurga. Walau siapa pun ku , walau tinggi manapun darjatku , terimalah. Aku tahu aku hanya insan biasa. Insan yang tidak lepas dari melakukan dosa. Insan yang tidak lepas dari pengawasan-Nya. Tetapi , sambutlah..
Allahu Rabb , bimbinglah kami ke jalan yang benar. Suluhkan kami dengan cahaya petunjuk-mu.
Dari dapur sudah kedengaran suara gelak ketawa. Ketawa siapa pun entahlah. Dalam hati tertanya tanya , apalah yang lawak sangat ni. Kaki dengan pantasnya bergerak ke ruang tamu.
Setibanya di ruang tamu , kelihatan Ammar , Riyad , Nadhirah di ruang tamu.
" Apa yang lawak sangat tu?" Ana memulakan bicara.
"Ni hah , Johan raja lawak ni.." Ammar menjawab dengan baki sisa tawanya.
Ana tersenyum. Kalau disebut nama Johan Raja Lawak tu , semua orang tahu.
Tiba-tiba je ana terfikir , kenapa zaman sekarang orang suka buat lawak , tapi lawaknya lawak yang tidak berfaedah. Sedangkan Rasulluah pun , buat lawak yang baik2 sahaja.
Kisahnya:
Suatu hari seorang warga emas bertemu Rasulluah lalu bertanya: " Wahai Rasulluah , adakah disyurga nanti , ada orang tua seperti aku? Lalu Rasulluah menjawab "Wahai orang tua , disyurga nanti semua orang muda2.Tiadapun yang tua. Orang tua tersebut berasa sedih. Kemudian , Rasulluah menyambung " Janganlah bersedih. Maksudku , bila disyurga nanti pak cik akan menjadi muda dan bukannya tua lagi.Semuanya akan menjadi muda dan cantik2 belaka." Orang itu tersenyum semula tatkala Rasulluah berkata sedemikian.
Begitulah Rasulluah yang berjenaka pada mulanya membuatkan orang tua itu berasa sedih , tetapi apabila diterangkan semula , orang tua itu tersenyum kembali. Betapa mulianya Rasulluah.
Hadis Rasulluah :
"Siapa yang banyak ketawa di dunia , dia yang banyak menangis merana di akhirat , tetapi , barangsiapa yang banyak menangis kerana-NYA di dunia , maka dia yang bahagia di akhirat.