Saturday, July 28, 2012

Lawak dalam Islam

In The Name Of Allah , 
Kalau lihat gambar ni , anda ingat apa?

Dari dapur sudah kedengaran suara gelak ketawa. Ketawa siapa pun entahlah. Dalam hati tertanya tanya , apalah yang lawak sangat ni. Kaki dengan pantasnya bergerak ke ruang tamu.

Setibanya di ruang tamu , kelihatan Ammar , Riyad , Nadhirah di ruang tamu.
" Apa yang lawak sangat tu?" Ana memulakan bicara.
"Ni hah , Johan raja lawak ni.." Ammar menjawab dengan baki sisa tawanya.
Ana tersenyum. Kalau disebut nama Johan Raja Lawak tu , semua orang tahu. 

Tiba-tiba je ana terfikir , kenapa zaman sekarang orang suka buat lawak , tapi lawaknya lawak yang tidak berfaedah. Sedangkan Rasulluah pun , buat lawak  yang baik2 sahaja.

Kisahnya:

Suatu hari  seorang warga emas bertemu Rasulluah lalu bertanya: " Wahai Rasulluah , adakah disyurga nanti , ada orang tua seperti aku? Lalu Rasulluah menjawab "Wahai orang tua , disyurga nanti semua orang muda2.Tiadapun yang tua. Orang tua tersebut berasa sedih. Kemudian , Rasulluah menyambung " Janganlah bersedih. Maksudku , bila disyurga nanti pak cik akan menjadi muda dan bukannya tua lagi.Semuanya akan menjadi muda dan cantik2 belaka." Orang itu tersenyum semula tatkala Rasulluah berkata sedemikian.

Begitulah Rasulluah yang berjenaka pada mulanya membuatkan orang tua itu berasa sedih , tetapi apabila diterangkan semula , orang tua itu tersenyum kembali. Betapa mulianya Rasulluah.

Hadis Rasulluah :
  "Siapa yang banyak ketawa di dunia , dia yang banyak menangis merana di akhirat , tetapi , barangsiapa yang banyak menangis kerana-NYA di dunia , maka dia yang bahagia di akhirat.

p/s: Jangan banyak ketawa , ya :)



Moga Allah redha ^^