Thursday, August 16, 2012

Aku hanyalah insan kerdil

In the name of Al-Hadi


2 tahun yang lepas..

Kisah tahun6 terpahat di ingatan.
Ketika itu , ana amat akrab dengan A dan B. Akrab amat.
Mereka ini suka sangat memujiku. Aku , kalau dipuji tak senang duduk. Cepat2 istighfar mohon ampunan dari-Nya. Bukan apa , pujian , pangkat , harta , kecantikan bukan boleh dibawa pun sampai mati. Yang dibawa hanya bekalan amal.

" Sarah , ana jealous ngan awak. Dahlah pandai , kuat menghafal , tulisan cantik pulak tu."
Ana sekadar tersenyum. Bukan bangga , tetapi sedang sedapkan hati yang dibisik syaitan. Nauzubillah.
" [A] , ana ni bukan apa pun. Enti pun apa kurangnya , famous , lagi ana jealous tahu!"
Kami ketawa terkekek-kekek.
"Lagi satu , awak ni pandai ambil dan jaga hati orang eh?"
" Satu je matlamat ana , jangan bagi orang berasa tidak senang apabila bersama kita"
Ana tersenyum , dia juga.

Tiba-tiba azan berkumandang..
" Ana mengajaknya untuk menunaikan ibadah fardhu. Tetapi , dia kata dia nak solat di rumah. 
Sedih.Hiba. Tu yang ku rasa tatkala permohonanku ditolak.
Dengan kudrat yang ada , ku cuba sekali lagi.
" [A] , jomlah solat. Solat tidak boleh dilengahkan. Ana ajak enti , supaya sama sama kita masuk syurga. Level yang sama pulak tuh. Ana tak nak ana masuk syurga , tetapi enti terpesong ke neraka. Tak nak sama sekali."
Terpapar sedikit kekesalan di wajahnya. "Jomlah. Terima kasih kerana ingatkan ana. Uhibbukifillah"
Tersenyum. Alhamdullilah.. 

Tatkala engkau hampir menjunam ke neraka , aku tidak peduli. Kau sambutlah huluranku dan akan ku tarikmu ke syurga. Walau siapa pun ku , walau tinggi manapun darjatku , terimalah. Aku tahu aku  hanya insan biasa. Insan yang tidak lepas dari melakukan dosa. Insan yang tidak lepas dari pengawasan-Nya. Tetapi , sambutlah..

Allahu Rabb , bimbinglah kami  ke jalan yang benar. Suluhkan kami dengan cahaya petunjuk-mu.


Moga Allah redha ^^