Friday, August 24, 2012

paku ibarat lidah

In teh name of Allah , 


Kisah paku dan lidah

Sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu , ayah dan anak. Si anak seorang yang panas baran dan suka marah2. Si ayah sudah lali untuk menasihatinya. Suatu hari , si ayah mendapat akal bagaimana ingin mengubah sikap anaknya ini.

Keesokkan harinya , si ayah pulang dengan membawa sekilo gram paku. Lalu dipanggilnya si anak.
Si anak bertanya "Kenapa ayah panggil saya?". Si ayah tersenyum sambil berkata "Meh sini , ayah ada satu game untuk kamu. Ni , ayah ada sekilo gram paku. Banyak bukan?". " Banyaknya.. Nak buat apa ni , yah?" Si anak teruja. " Main gamelah. Ayah nak kamu pacakkan paku disekeliling pagar rumah kita setiap kali kamu marah." si ayah memberi penjelasan. Lalu , si anak melakukan gamenya. Setiap kali dia marah , dia pacakkan. Dia lakukannya sehingga habis paku tersebut. Si anak keriangan.

" Pandai anak ayah" si ayah pura2 teruja. " kemudian , kamu cabut kembali paku itu apabila kamu berjaya menahan emosi." si ayah menyambung. Si anak pun lakukannya dengan berat hati. Apabila semua telah dicabut , si anak teriak keriangan. Si ayah tersenyum. " okay , sekarang kamu lihat bekas pacakan paku. Ianya berbekas , kan? Ia sama apabila memarahi seseorang , ia memberi luka yang dalam terhadap siapa yang kamu marahi.

Si anak kesal lalu meminta maaf pada ayahnya. Dia berjanji akansentiasa menahan emosi dan tutur katanya. Si ayah bersyukur kerana berjaya melembutkan nalurinya dengan bantuan Allah.

Semoga Allah merahmati orang yang berhati-hati dengan segala ucapannya, menetapkan lirikan-lirikan matanya, menghaluskan tutur katanya, dan menimbang-nimbang dahulu apa yang akan diucapkan. Allah SWT berfirman, "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir." [al-ahqaf]

Moga Allah redha ^^