Saturday, September 22, 2012

Cinta AFTER nikah

In the name of Al-Haqq ,





AKU Sakinah. Kisah hidupku teramat sukar untuk dikongsikan. Tetapi , buat terapi sanubari semua , aku rela.Alhamdullilah , kisahku berakhir dengan kebahagiaan.

Aku dulu seorang yang agak bersosial. Selalu clubbing , pergi karaokae dengan kawan-kawan , dan aku ini agak seksi dari segi pemakaian. Satu lagi aku tertinggal , aku ni jenis yang perasan lebih. Aku perasan lelaki ramai suka kat aku. Tetapi , aku selalu kena reject bila aku nak usha seseorang.

Aku fed up. Lalu , aku serahkan segalanya kepada Allah. Aku selalu berdoa pada Allah agar dikurniakan seorang pemuda yang akan menyayangi setulus hati.

Suatu Hari , aku ditakdirkan untuk menghadiri satu kursus. Di sana , ada seorang jejaka selalu memerhatiku. Aku berasa tidak selesa. Lalu , si dia mengaku bahawa dia telah suka padaku. Aku terlopong.

Walaupun dia suka pada aku , tetapi he is not my taste. Eee , please laa. Awak tu terlalu alim , tahu?!.
Benar , nak kata ustaz , tak pun. Tetapi dia memang sangat baik. Dia jenis tidak memaksa.

Aku ada seorang kawan baik. Safiyyah namanya. Dia ni rapat sekali dengan kawan akrab si dia. Mereka bersetongkol untuk satukan aku dengan dia. Mereka tipu si dia yang aku bukan tak nak , tapi malu. Heyy , aku memang tak naklah. Mereka bersungguh-sungguh. AKu pun tak tahu kenapa.

Dengan kesungguhan mereka dan perasan suka yang dikurniakan Ilahi , aku pun telah jatuh kasih padanya.
Akhirnya aku bersetuju untuk diijabkabul bersamanya. Aku memaklumkan kepada orang tuaku. Mereka setuju.Begitu juga dengan pihak lelaki. 

Wedding kami simple sahaja. Dalam masa 3 bulan itulah persiapan hantaran , baju , khemah , makanan disiapkan. Orang lain buat hampir setahun. Tapi , aku? Pada hari perkahwinan , aku merasakan bahawa persiapan ini sungguh lebih daripada apa yang ku sangkakan. Aku ingat simple je. Itulah perancangan Allah , teratur..

Sekarang ini , aku bahagia bersamanya. Aku dilayan seperti permaisuri. Kerja aku hanya memasak. Si dia banyak membantuku. Alhamdullilah , ya Allah. Kau makbulkan doaku dengan mengurniakan seorang suami yang cukup menyayangiku.

Perasaan cinta itu bukannya harus di 'Delete' tetapi perlu di 'Hidden'kan untuk sementara waktu sehingga tiba waktunya untuk di 'Approve' oleh yang Si Dia yang Halal-FazlinaHumayra

Moga Allah redha ^^