Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Inche Ramadhan :)

Bismillah ala kulli hal

Sekarang bila melihat semua sedang sakan membeli baju raya , hatiku sedih.
Kenapa mereka nak beraya je , tidak sedih ke Ramadhan dah nak pergi.
Ku menyeka pipiku yang kebasahan dek air mata berguguran.

Inche Ramadhan telah banyak mengubah diriku. Berubah ke arah lebih baik.
Dari tiada masa untuk bertilawah , sekarang hampir part-time dapat bertilawah.
Dari melambatkan solat , sekarang tiada lambatkannya lagi.
Tiada 'siapa' pun yang dapat mengubah diriku sebegitu.

Ketika ketibaan Inche Ramadhan yang baru turun dari kapal terbang , 
rasanya ramai lagi yang tidak sedar akan kehadirannya , mungkin mereka tidak sabar menunggu Inche Syawal agaknya.
Dan..Ramai juga apabila tetamu VVVVVIP tiba , mereka banyak menjurus kepada pesta makan , bukan pesta ibadah.
Itulah sebabnya Allah mewakilkan Inche Ramadhan pada kita.
Sesungguhnya Allah sangat merindui suara suara mereka yang ber'dating' dengannya. Tangisan syahdu mereka yang mohon keampunan darinya.
Hanya Ramadhan mereka banyak melakukan sedemikian rupa.

Ya Allah , Inche Ramadhan akan pergi tida lama lagi. Pertemukanlah kami dengannya pada masa akan datang. Amin Ya Rabbal Aaalamin..



Moga Allah redha ^^

Sekadar pena,,

In the name of Al-Fattah..

Diketuknya beberapa kali pen akibat tidak keluar dakwatnya.
Putus asa , dibalingnya terus ke penjuru dinding.
" aduh , pen ni buat hal pulak! Tak guna betullah!"
Pelbagai amarah ku lemparkan.

Umi kelihatan pelik. Lalu bertanya , " Kenapa ni? Apa yang tak kena dengan pen tu?"
"Pen ni , menyusahkan. Tak guna."
"Siapa kata pen tak berguna? Pen atau penalah yang telah membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulluah."
Tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut.Mengalihkan pandangan ke arah umi.
" Maksud umi?"
" Kan surah Al-Qalam ada menyebut tentangnya?"
" Hmm.."
" Bukan akak dah hafal ke? Juz 29 kan?"
" A'ah , tapi tak perasan pulak. Terima kasih umi."
"Sama-sama"

 Surah Al-Qalam menyebut:

ن , والقلم وما يسطورون * ما انت بنعمة ربك بمجنون *
"Nun , demi pena dan apa yang mereka tuliskan* dengan karunia tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.   

Segala benda diciptakan pasti ada hikmahnya , bukan?
Pen juga ada fungsinya. Dengan pen , kita dapat menulis.

Moga Allah redha ^^

Sunday, August 12, 2012

Hati dan fikiran perlu seiring

In the of Al Alim..

Alhamdullilah ala kulli hal..
Allahu rabb , tiada yang lagi indah melainkan sebut nama-Nya

Orang kini makin sibuk , dalam fikiran mereka hanya ada perkara duniawi.
Mereka kini sudah menjauhkan diri dari-Nya
Itulah tazkirah ekspress daripada abi.
Sedar tak sedar segala apa yang manusia buat , semuanya berkait dengan Allah.
Kita lihat pada laman fb sendiri , 'what's on your mind?'
Allah Al Adlu.. segalanya kembali kepada sunnatullah.

p/s: Sentiasa fikirkan Allah walau sesibuk manapun :)
Moga Allah redha ^^

Thursday, May 31, 2012

Jom!

 Baca dan fahami gambar di bawah.
Saya pasti anda akan tergelak.
Namun , janganlah gelak secara berlebihan.
Jadikan ia sebagai pengajaran.
Ayuh , sama2 kita berebut pahala dengan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.

*فَاستَبِقُو الْخَيرَات
"Berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan"
[Al-baqarah:138]


credit : laman muka buku :)
Moga Allah redha ^^

Wednesday, May 30, 2012

Bak pepatah Spongebob : Ima..gi..na..si..

Orang kata..

Yesterday is history..
Today is present..
Tomorrow is mystery..

Semua orang tidak tahu apa akan jadi keesokkan hari..
samada baik mahupun sebaliknya.
Tetapi..

Rasulluah bersabda ;
"Celakalah bagi orang yang hari ini lebih teruk berbanding semalam."

Jadi , kita haruslah meng'upgrade' kan Iman kita setiap hari.
Pelbagai cara kita boleh buat agar setiap hari kita laluinya dengan baik dan perasaan puas hati.
Contoh ;
Hari ini kita lakukan solat Dhuha , padahal semalam tidak.
Hari ini kita puasa sunat , sedangkan semalamtidak pun.
Macam2 lagi yang kita dapat lakukan.

Jangan pula hari ini kita melakukan maksiat sedangkan semalam tidak.
Dan percaya tidak , imaginasi mampu menjadi realiti.
Imaginasi membantu kita dalam berfikir dengan lebih dalam terhadap sesuatu perkara.
Hari ini kita berimaginasi untuk menjadi seorang Da'i yang berjaya , esok lusa ianya menjadi.
Sumpah , ianya sangat awesome!
Perancangan Allah tiada siapa pun yang tahu.
Dialah yang menentukan segalanya.

p/s: Jangan berimaginasi yang bukan bukan sudah. Thee ;)
Moga Allah redha ^^

Tuesday, May 22, 2012

jom jadi muslim produktif


Surah Ali-Imran [3:14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).


 7 tips untuk kita cuba membuang sifat buruk dalam diri kita:-

1. Expose them: kenalpasti apa sifat buruk kita

2. Understand them: kenapa kita lakukan perkara buruk tersebut? kenapa kita jadi leka? Apa faktor yang menghalang kita untuk berubah?-->sebagai refleksi buat diri kita.

3. Break the chain: berhenti atau lari dari melakukan perkara buruk tersebut. Jauhi sifat tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan-->kumpul kekuatan untuk berubah.

4. Change course: ubah paradigma dan cari perkara yang baik dalam hidup.

5. Public pledge: nyatakan pada orang keliling (ex: sahabat, famili) yang kita nak berubah, nyatakan pada mereka yang kita nak buang sifat buruk tersebut, ini dapat jadi support system yang baik, InsyaAllah. Boleh juga nyatakan denda dan ganjaran andai kita lakukan atau berjaya tinggalkan perkara buruk tersebut.

6. Replace with good: tukar ke aktiviti lain yang lebih bermanfaat, tak semesti perkara yang nampak Islamik, yang penting bermanfaat, contohnya bersukan. Tapi kalau dapat tambah amal ibadah itu terbaik!

7. Du'a: senjata muslim yang paling berharga. Kita manusia yang lemah, mohonlah kekuatan dari Allah, Tuhan yang mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk berubah. Hakikatnya, selain kehendak untuk berubah, hidayah dan petunjuk dari Allah juga amat penting dalam memacu perubahan diri kita, terutamanya dalam membuang sifat buruk yang sudah sebati dalam diri.

Sekian dulu perkongsian dari saya, ubah diri, hiasalah peribadi dengan akhlak mulia. Ketamadunan manusia tidak hanya diukur dari pembangunan fizikal tapi juga peribadi dan akhlak yang mulia. Jom jadi muslim produktif!

usaha untuk ubah diri.
Firman Allah maksudnya:
'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri'



Moga Allah redha ^^

Saturday, May 19, 2012

C.I.N.T.A.

Semua koleksi novel , ku belek satu persatu.
Agak lama ku memerhati , namun tiada satu pun yang menambat hati kecilku ini.
"Hah!" akhirnya satu keluhan tersembur dari mulutku.
"Asal semua pasal cinta , cinta3x!" desis hatiku.
Kekadang ku terfikir juga , kenapa semua novel pasal cinta.
Cinta , bukan hakiki pun.
Namun , jarang sekali novel berkenaan cinta yang kekal iaitu cinta kepada yang maha esa.
Antara novel yang banyak berkaitan cinta kpd Allah ialah novel keluaran HILAL ASYRAF.
Aku teringat zikir 'hasbi rabbi jalallah' maksudnya:

Cintakan bunga , akan layu..
Cintakan manusia akan mati..
Cintakan ALLAH , kekal abadi..
Itulah cinta , cinta yang hakiki.

Tapi , kenapa ya , mereka yang diluar sana tidak sedar.
Kenapa mereka mengutamakan cinta sesama manusia berlainan jantina.
YA , memang kita semua memerlukan cinta.
Cinta di sini adalah cinta untuk Allah. Hanya untuk Allah!

"HAH!" satu sergahan yang mematikan lamunanku.
Ku berpaling , dan tersungul wajah Ammar yang sedang tersengih.
Haish , dia ni. Mengacau je.





Moga Allah redha ^^

Friday, May 18, 2012

Guru Oh Guru

Khas buat yang digelar guru , murobbi , teacher , sifu sbg...
Khas buat yang diibaratkan lilin yang menerangi kegelapan..

Semoga dirimu dirahmati Allah , moga setiap titik peluhmu mengajar kami adalah tiket untuk ke syurga.

Terima kasih banyak CIKGU

"Jika seseorang anak Adam mati , maka terputuslah amalannya kecuali ILMU YANG BERMANFAAT , amal jariah dan doa dari seorang anak soleh"

Maka di sini kita tahu , bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting untuk masa depan seseorang. Jangan dipersiakan ilmu yang diberi , kelak nanti mendapat balasannya.



Moga Allah redha ^^

Tuesday, May 1, 2012

Semanis madu

In The name of the Mighty if the world..


Dulu , ada yang bertanya  , kenapa solat , tak kira fardhu atau sunat , wajib baca surah Al-fatihah?
Ana pun terfikir juga ,apa jawapannya ya?

Beberapa bulan yang lalu ,ketika mar'atul yaum diadakan..
Ukhti Nadhirah telah menerangkan semuanya , ia telah membongkar apa yang tersemat dalam hati.
Ketika itu , ana sangat teruja.

Tidak ku sangka , banyak hikmah t'sirat di sebalik perancangan Allah
Allah Al-Hakim , Allahitu sungguh bijaksana. Tiada siapa yang dapat menandingi.
Siapa sangka ,  yang membaca surah Al-fatihah , dia akan sentiasa tersenyum.
Dengan itu , muka dia tidak mudah berkedut apabila menginjak ke alam dewasa.

Mungkin juga:

orang luar: Awak umur brape hah? Muka awak tak kedut2. Still sekolah menengah , ya?
kita: Takdelah. Umur saya , 35 tahun.

see? Itulah ajaibnya surah Al-fatihah.
Setiap hujung ayat yang dibaca , pasti akan tersenyum.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ.مَالِكِ يَوْم الدِّينِ.إِيَّاكَ .نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.




Moga Allah redha ^^