Saturday, May 19, 2012

C.I.N.T.A.

Semua koleksi novel , ku belek satu persatu.
Agak lama ku memerhati , namun tiada satu pun yang menambat hati kecilku ini.
"Hah!" akhirnya satu keluhan tersembur dari mulutku.
"Asal semua pasal cinta , cinta3x!" desis hatiku.
Kekadang ku terfikir juga , kenapa semua novel pasal cinta.
Cinta , bukan hakiki pun.
Namun , jarang sekali novel berkenaan cinta yang kekal iaitu cinta kepada yang maha esa.
Antara novel yang banyak berkaitan cinta kpd Allah ialah novel keluaran HILAL ASYRAF.
Aku teringat zikir 'hasbi rabbi jalallah' maksudnya:

Cintakan bunga , akan layu..
Cintakan manusia akan mati..
Cintakan ALLAH , kekal abadi..
Itulah cinta , cinta yang hakiki.

Tapi , kenapa ya , mereka yang diluar sana tidak sedar.
Kenapa mereka mengutamakan cinta sesama manusia berlainan jantina.
YA , memang kita semua memerlukan cinta.
Cinta di sini adalah cinta untuk Allah. Hanya untuk Allah!

"HAH!" satu sergahan yang mematikan lamunanku.
Ku berpaling , dan tersungul wajah Ammar yang sedang tersengih.
Haish , dia ni. Mengacau je.





Moga Allah redha ^^