Assalamualaikum..
Apa khabar iman anda hari ini?
Adakah iman kita 'naik' atau 'turun'?
Tepuk dada tanya 'selera'
Ana pernah bertanya pada ustazah , kalau nak maintainkan iman cemana , yaa?
Ustazah jawab "Iman kita tidak pernah maintain. Memang ada seturn time ia Ok dan ade juga KO.
Pernah seorang sahabat rasulluah bertanya kepadanya "Wahai persuruh Allah , aku ini , jika bersamamu iman ku teruja (naik) , dan bila bersama kerabatku , aku rasa lemah. Hinakah aku , wahai rasulluah?"
Rasulluah menjawab "Kamu tidak hina. Iman itu kadangkala naik dan kadangkala turun. "
Anda bagaimana pula? Adakah anda berasa janggal jikalau Iman anda tidak terurus?
Jadi , kalau nak pastikan iman anda sentiasa stabil , anda perlulah ada 10 MUWASAFAT TARBIYAH.
*seperti yang tertera di atas.
Praktikkan dalam urusan harian. Selamat Mencuba ^^
Surah Ali-Imran [3:14] Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang
diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
7 tips untuk kita cuba membuang sifat buruk dalam diri kita:-
1. Expose them: kenalpasti apa sifat buruk kita
2. Understand them:
kenapa kita lakukan perkara buruk tersebut? kenapa kita jadi leka? Apa
faktor yang menghalang kita untuk berubah?-->sebagai refleksi buat
diri kita.
3. Break the chain:
berhenti atau lari dari melakukan perkara buruk tersebut. Jauhi sifat
tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan-->kumpul kekuatan untuk
berubah.
4. Change course: ubah paradigma dan cari perkara yang baik dalam hidup.
5. Public pledge:
nyatakan pada orang keliling (ex: sahabat, famili) yang kita nak
berubah, nyatakan pada mereka yang kita nak buang sifat buruk tersebut,
ini dapat jadi support system yang baik, InsyaAllah. Boleh juga nyatakan
denda dan ganjaran andai kita lakukan atau berjaya tinggalkan perkara
buruk tersebut.
6. Replace with good:
tukar ke aktiviti lain yang lebih bermanfaat, tak semesti perkara yang
nampak Islamik, yang penting bermanfaat, contohnya bersukan. Tapi kalau
dapat tambah amal ibadah itu terbaik!
7. Du'a:
senjata muslim yang paling berharga. Kita manusia yang lemah, mohonlah
kekuatan dari Allah, Tuhan yang mampu memberikan kekuatan kepada kita
untuk berubah. Hakikatnya, selain kehendak untuk berubah, hidayah dan
petunjuk dari Allah juga amat penting dalam memacu perubahan diri kita,
terutamanya dalam membuang sifat buruk yang sudah sebati dalam diri.
Sekian
dulu perkongsian dari saya, ubah diri, hiasalah peribadi dengan akhlak
mulia. Ketamadunan manusia tidak hanya diukur dari pembangunan fizikal
tapi juga peribadi dan akhlak yang mulia. Jom jadi muslim produktif!
usaha untuk ubah diri.
Firman Allah maksudnya: 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya dengan sendiri'