Thursday, November 22, 2012

Beginikan lebih baik?

" Ish! Susahlah tudung ni! Tudung tadi panas , yang ini pendek pulak tu! " kedengaran suara hati Amirah membentak. Kesal dengan shawl yang dari tadi dok membelit kepalanya.
" Kenapa kamu ini? " Ummi bertanya setelah melihat anaknya sebegitu.
" Tudung ni hah. Susah sangat nak pakai. Kang tak pakai tudung nanti , dosa bertambah" 
Hajah Amina sekadar menggeleng. Masak benar dia dengan perangai anaknya itu.
" Nah! Ambil tudung ni. Kan lagi senang pakai tudung labuh ni je. Tak pun tudung bawal ni. Lagi tertutup." Abangnya , Amir menghulurkan sehelai tudung labuh dan sehelai tudung bawal berwana biru itu kepada adiknya. Bibirnya tersenyum jahat kerana telah membuat adiknya malu.
" Abang ni. Nak bagi tu ikhlas laa. Tak perlu ada nada sindir. " 
" Yelah. Maaf. Shawl ni memang pendeklah adikku. Nak pakai jugak , pakai pashmina. Besarlah jugak. Tapi , abang lebih suka Amirah pakai tudung labuh tu. " Amir memberikan 'tazkirah percuma' kepada adiknya. Dia yang memang dikenali sebagai 'ustaz muda' itu memang pantang melihat wanita yang pakai tudung seperti itu.
' Ceh! Percuma sahaja dapat tazkirah baru.' Amirah berbicara. Tapi tidak terluah kata2 itu kepada abangnya. Tak semena2 , dapat lagi tazkirah baru.
" Terima kasih , abangku. Terima kasih kerana bagi tudung ni , dan bagi tazkirah ekspress itu sekali " balas Amirah sambil mengenyitkan matanya.
" Emm..Sama2 "
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya" 
[An-Nur:31]

Moga Allah redha ^^