Friday, November 30, 2012

Pelangi selepas Hujan

Dear pembaca yang setia , ana minta maaf sangat2 sebab tak menghapdet blog ini. Kemalasan yang berterusan mematahkan semangat untuk menaip. 
*Jari sudah mula menari2 atas keyboard

'Huh' keluhan berat + penat dilepaskan. Sumayyah kelihatan penat sekali tatkala pulang dari sekolah. Mana tidaknya , pergi sekolah jam8 dan pulang jam 6 petang. Siapa tak penat!
" Eh , dah pulang anak ummi " Tegur ummi yang muncul dari arah dapur. Sumayyah tersenyum sambil meyalam ibunya.
" Ibu , penatlah. PMR lagi beberapa minggu je." Sumayyah yang memang manja itu mengadu kepada umminya.
" Sumayyah tak boleh cakap macam tu. Allah tidak suka hambanya mengeluh. Pantang!" kata umminya lembut sambil mengusap kepala anak bongsunya.
" Habis tu , dengan kelas tambahan lagi , tuisyen lagi , weekend pun ada juga. Penatlah.."
" Sumayyah , memang begitu jihad untuk berjaya. Tiada kejayaan tanpa kesusahan. Tiada erti penat lelah dalam kamus seorang Mukmin"
Semangat Sumayyah menjelma kembali tatkala mendengar kata2 umminya itu. Begitulah Sumayyah. Tatkala penat , langsung saja mengadu pada ibunya. Sebenarnya , dia sengaja buat2 penat agar dapat bermanja dengan ibunya. 
Begitulah hidup seorang Mukmin. Hidupnya bergaya dengan dakwah dan tarbiyah. Tiada kata putus asa dalam hidup. Sanggup berpayahan demi mencapai kejayaan. Perjuangan perlu diteruskan dan tiada noktah.
Menghidupkan kembali kegemilangan ummah yang dipimpin oleh Khulafa' Ar-Rasyidin terdahulu. Dan sekarang kitalah penyambungnya. 

SETIAP KEPAYAHAN PASTI ALLAH GANJARI  DENGAN NIKMAT YANG BEGITU INDAH. 



Moga Allah redha ^^