Sunday, September 23, 2012

Puas menjadi seorang MUSLIM?

In the name of Ar-Rahim , 


acara lumba lari hampir bermula
Anda pernah menyertai pertandingan lumba lari?
Pasti pernah , bukan?
Secara fitrah , setiap pertandingan pasti ada yang menang dan yang kalah.

Okay , masuk tajuk.
Kita berlari dengan penuh semangat ,dan akhirnya kita adalah orang pertama yang sampai ke garisan penamat.
 Tiba-tiba..
Orang lain pula yang dapat gelaran itu..
Kita tak puas hati , lalu pergi berjumpa dengan pengadil untuk menanyakan persoalan yang bermain di minda kita ketika itu.
Dan jawapannya..

" Maaf , nama anda tidak didaftar terlebih dahulu"

Pasti kita akan rasa usaha kita itu adalah sia-sia belaka.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Sebanyak mana kita bersedekah , sejauh mana kita bermusafir untuk mempelajari ilmu agama , tetapi , jika kita tidak mendaftarkan diri kita sebagai seorang muslm , ianya adalah sia-sia.

Ha! Sengih..sengih.. Bahagialah tu kerana telah mendaftar diri sebagai seorang Muslim.
Okay , jika telah mndapat gelaran pemenang , kita kena mengikut peraturan pertandingan. Jika disuruh untuk straight , janganlah pula kita pusing. Ianya salah.

Sama seperti gelaran MUSLIM.. Kita hendaklah mengikut peraturan Allah dalam seluruh kehidupan kita.

Jangan pernah terlena dengan statusmu sekarang , iaitu sebagai seorang muslim!!

Ingat pesanan Imam Hassan Al-Banna?

"Janganlah kau tertipu dengan keterangan bahawa seseorang akan berkumpul dengan sesiapa yang dicintai, sebab ketahuilah bahawa engkau tidak akan mencapai tingkatan mereka yang taat dan berbakti., kecuali jika kamu mengikuti perbuatan mereka. Ketahuilah bahawa orang2 yahudi dan nasrani, juga ahli bid'ah cintakan para Nabi dan rasul tetapi tidak dapat berkumpul dengan mereka di akhirat kelak.."
Hah.. Sekarang kamu harus berasa cemas! Yup, agar kamu sentiasa berhati2 mengikut peraturan-Nya. Kerana firman Allah juga ada menyebut, (19: 71-72) 

"Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka. Hal itu bagi Rabbmu adalah satu ketetapan. Kemudian, Kami akan menyelamatkan orang2 yang bertakwa, danmembiarkan orang2 yang zalim dalam keadaan melutut" 
(19: 71-72)  


#Now , wake up , dear. Allah calls us now. Allah asks us to be a true mukmin.


Moga Allah redha ^^