Wednesday, September 26, 2012

Asal pakai tudung labuh je , orang kata ustazah...

Bismillah..

Sudah menjadi tanggungjawab seorang muslimah supaya menutup auratnya , tidak bermakna kita boleh pakai tudung pendek. Orang kini , mereka tidak arif tentang pemakaian yang menutup aurat.

"Asalkan tutup semua , sudahlah!" Itulah ayat tatkala ditegur tentang pemakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.

Ketika saya di pusat membeli-belah Angsana , mereka yang lihat saya memang akan berkerut. Saya? Hanya tersenyum. Ada suatu ketika , saya digelar USTZAH kerana saya memakai tudung labuh.

Bukan apa , memang itu yang diperintahkan Allah taala , seperti firmannya :


“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya”
 [An Nur:31].


Selanjutnya, kalimah (kecuali yang (biasa) nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

Bukankah yang tertutup itu lebih indah?  Orang yang tertutup itu ibarat mutiara di dasar lautan. Ianya sukar untuk diambil oleh sesiapa yang menginginkannya.

Sesungguhnya , terdapat banyak faedah apabila kita menutup aurat dengan sepenuhnya.

The beauty of the moon does not change when covered by the clouds , just as the beauty of the muslimah remains when covered by HIJAB. 
 # Lepas ni , pakailah pakaian yang menutup aurat , bukan yang menutup kulit sahaja. Moga Allah permudahkan. Allahu Rabbi..

saje try berniqab :)



 

Moga Allah redha ^^