Tuesday, April 10, 2012

Saya nak jadi transformers

"transformers.."ujar Ammar yang sedang bermain bersama Nadhirah juga Riyad.
Ana yang sedang membaca buku terus mengalihkan padangan kepada mereka.
Lalu , ana mengikut sekali bersama sama bermain transformers.
Memang seperti budak kecil , tetapi hakikatnya , ia seronok.

Ana bertanya kepada Ammar. " Ammar , transformers tu apa , ya?" Lurus ana bertanya. Sekadar untuk menguji dia.
" Transformers tu...kita bertukar" Ammar dengan petahnya bercakap.
Ana bertanya lagi " bertukar jadi apa?"
Si dia menjawab " bertukarlah! Bertukar menjadi robot yang lebih baik"
Kaget dengan jawapannya. Tidak sangka Ammar akan mengeluarkan jawapan yang mampu membuat ana terkedu. Untuk berapa saat , ana tersenyum. Senyum bangga.
"pandai!" ana memujinya.
Lalu ana sambung bermain bersama mereka.

Begitulah kami , sangat gembira.

Terpikir juga akan jawapan yang diberikan Ammar.
Transformers bertukar menjadi robot yang lebih baik. Jadi , kita sebagai hamba Allah , perlu mengubah sifat kita menjadi yang lebih baik.

 


Moga Allah redha ^^