Tuesday, April 10, 2012

:: Malu ::

Al-kisah tentang sifat malu seorang nabi iaitu Nabi Musa alaihissalam.

Nabi Musa adalah seorang yang sangat pemalu. Baginda begitu malu untuk menunjukkan tubuh badannya kepada orang lain. Baginda sentiasa menutup segala tubuh badannnya.

Akibat daripada itu , kaumnya berasa hairan. Lalu mereka menyangka bahawa baginda menghidap penyakit kulit kerana baginda tidak pernah menunjukkan tubuh badannya kepada mereka. Mereka berasa jijik untuk berdekatan dengan baginda.

Allah taala maha adil....

Pada suatu hari , sedang baginda sedang mandi , pakaian baginda diletakkan di atas batu. Dengan kuasa Allah , batu itu dengan sendirinya bergolek. Nabi Musa terkejut. Lalu baginda berkata "Wahai batu , berhentilah. Itu pakaianku!". Tetapi batu itu tetap bergolek sehingga di hadapan kaumnya barulahbatu itu berhenti. Kaum Nabi Musa terkejut. Selama ini mereka salah faham. Barulah mereka tahu bahwa tubuh Nabi Musa sangat bersih dan suci.

Nabi Musa sangat malu. Lalu kemudiannya , baginda terus mengambil pakaiannya di atas baju itu dan menutup tubuhnya.

Begitulah malunya baginda untuk menunjukkan tubuhnya di hadapan orang ramai. Kita yang tidak tahu apa sebabnya , tidak seharusnya menganggapnya yang bukan bukan.





Moga Allah redha ^^