Thursday, April 12, 2012

'sekejap je'

Baru sebentar tadi , ana mendapat ajakan yang tak diundang oleh humaira. Ish! kacau betullah. Ana sedang menelaah novel yang sudah berapa kali ana khatamkan gara2 rasa bosan yang melanda.

"Ada apa?" soalku.
"Sini! Ada benda ni!" jawabnya ringkas.
" Malaslah..."
"sekejap je" acuh tak acuh je jawapannya.
Lalu aku menggagah diri walaupun novel tangan tidak lagi dilepaskan.

Sebaik sahaja ana berada di tempatnya , tiada yang kelihatan penting. Semua nampak biasa sahaja.
" Nak apa?" suara dalam keadaan marah.
"Ni hah , tak paham apa dia tulis." jawabnya sambil jari telunjuknya menunjuk pada papan skrin komputer.
"Pooodah! Ingatkan apa tadi. Buang masa saja."
"eleh , apa yang buang masanye , dari tadi dok menghadap novel je."
Terkedu. Wajahku merona.
" Biarlah!" jawabku sambil menapak semula ke dalam bilik.
Lantaklah nak buat apa pun.Jangan hiraukan dia. Lagi oey baca buku dari menghadap laptop 24 jam.
hayya!





Moga Allah redha ^^