Saturday, March 8, 2014

Kekayaan yang melebihi segalanya.


Ini adalah sebuah hadis yang menceritakan satu kisah yang cukup menarik dan mencuit hati di mana ia membabitkan satu peristiwa di mana para Sahabat dari kalangan orang-orang fakir dan miskin datang mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Pada suatu hari, orang orang fakir Muhajirin mendatangi Rasulluah s.a.w lalu berkata:

" Orang orang kaya telah pergi mendapatkan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan bagi mereka ada lebihan harta. Mereka boleh berhaji, umrah, berjihad, dan bersedekah. "

Maka, baginda bersabda:

" Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang dengannya kalian akan dapat menyaingi mereka yang telah mendahului kalian dan dengannya juga kalian akan mendahului orang orang yang datang sesudah kalian dan tidakada seorang pun yang lebih baik daripada kalian kecuali mereka lakukan seperti kalian lakukan? "

Mereka menjawab :

" Sudah tentu, ya Rasulluah. "

Rasulluah bersabda: 

" Hendaklah kalian bertahmid الحمدلله , bertasbih سبحان الله dan bertakbir الله اكبر setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali. "

[Hadith Bukhari dan Muslim]

Lalu, mereka pun melakukannya setiap kali selepas solat. Orang orang kaya berasa hairan melihat orang orang fakir yang masih berteleku di dalam masjid sambil mulut mereka terkumat kamit membaca sesuatu. Mereka kurang berpuas hati lalu bertanya kepada mereka:

" Apa yang sedang kalian lakukan? "

Mereka senyap. Tidak mahu rahsia ini dibongkarkan kepada mereka. Orang kaya lebih berasa hairan apabila mereka berdiam diriapabila ditanya. Rasulluah yang melihat keadaan ini lalu menegur orang orang fakir yang bertindak berdiamkan diri. Orang orang fakir berasa insaf lalu menceritakan hal sebenar kepada orang kaya. Orang kaya berasa teruja dengan rahsia tersebut lalu mereka pun melakukannya. Imarahlah masjid itu dengan bacaan zikir memuji kebesaran yang maha Esa.

Ya Ayyuhal Asdiqa', ayuh sama sama kita mencontohi mereka dengan mengimarahkan masjid dengan bacaan zikrullah. 






Moga Allah redha ^^