Monday, February 25, 2013

Nah , ambik!


In the name of Al-Hadi

So , aku tak nak tulis panjang lebar. Sekadar nak beri suapan ruhiy. Minta maaflah kalau ada yang  sentap, touching, bengang, ketawa atau apa saja reaksi yang bakal berlaku. Ada ke?

Ini adalah sedikit nota kencang yang dikongsikan bersama oleh BudakTomato. Kau kenal?

Pendakwah - Orang yang menyeru kepada kebaikan

Daie - Pendakwah

Mad'u - Orang yang menerima seruan

Usrah/Halaqah - Sebilangan manusia yang berkumpul untuk sesi majlis ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat, selalunya bagi kembali islah hati, berbincang tentang isu semasa, masalah ummah, feqah dan tauhid juga perkongsian berbentuk rohani atau jasmani. Biasanya diketuai oleh naqib/mas'ul atau naqibah/mas'ulah.

Bulatan gembira - Usrah/Halaqah

Ikhwah - Saudara

Ajnabi - Manusia yang halal kita nikahi

Tarbiyah - Didikan

Biah solehah - Suasana yang baik

Manhaj Rabbani - Peraturan kehidupan mengikut acuan Allah. Apa-apa yang tidak melanggar suruhan Allah.

Murabbi Mithali - Guru/Pendidik yang baik

Ikhtilat - Pergaulan antara lelaki dan perempuan

Lagha - Melalaikan

Mehnah - Ujian

Takmil wa istimal - Lengkap melengkapi

Salin dalam buku nota cepat! Haha. 
Assalamualaikum..

Moga Allah redha ^^