Monday, February 25, 2013

Janji?


" Dan Allah jualah yang mempersatukan hati orang yang beriman" [Al-Anfaal:63] 

.............................................
" Enti , kalau ana hampir terjunam ke neraka , sambutlah tangan ana. Pegang erat , eh. Janji?"
" Ana juga begitu. Ok. Janji!"
Itulah delima dua orang sahabat akrab fillah. Duka tawa hanya keranaNya.


"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."[An-Najm ; 43]


Sungguh , ukhwah fillah mereka sungguh osem. Mereka saling ingat mengingati antara satu sama lain. Bergerak menyebarkan dakwah together. Mereka hanya ingin Syurga Allah semata-mata.

Namun , apa yang dijanjikan syaitan kepada Allah iaitu menggoda cucu cicit Nabi Adam agar terpesong dari dunia Islam. Si A akhirnya terarus sekali dalam sungai jahiliyyah.

Setelah mereka berpisah mengambil haluan masing-masing , Si A telah bergaul dengan mereka yang 'sentimental'. Segala benda yang negatif diajarkan kepada A. Mereka melengah lengahkan solat dan pernah juga mereka tinggalkan ibadah fardhu itu. Pada mulanya , Si A penat menegur mereka , tetapi akhirnya dia terikut sekali.

Hari demi hari , akhlak A semakin teruk. Si A sudah banyak berubah. Dia sudah memakai tudung singkat , baju yang sendat , seluar yang ketat dan sebagainya. Tidak seperti dulu , bajunya longgar , tudungnya labuh dan sebagainya.

Paling kencang , Si A sudah mula berjinak jinak dengan ikhtilat. Pengaruh rakan rakannya begitu super sehinggakan A leka dengan hiburan dunia. Sedangkan Si B selalu ingatkan bahawa :

" Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa" [Al-Hadid:20]

Berita ini dimail terus kepada Si B. Si B tidak percaya bahawa Si A sudah berubah sebegitu teruk. Lantas , dia teringat janji mereka yang dirasmikan dahulu kala. 

Tidak kisah kerja menimbun . kerjaya yang berwawasan , kawan kawan sebilik yang terpinga-pinga dengan kepulangannya ke Malaysia secara mendadak , sahabat sejanji itu yang lebih important. Dia perlu menarik semula Si A dari lembah jahilliyah. Dia perlu mentarbiyah semula sahabatnya yang terpesong jauh.

Sesampainya di Malaysia , luka terparut dihati apabila Si A pura pura tidak mengenali Si B. Namun , dia perlu gagah jua. Apa pun rintangan perlu dihadapi.

Bagai mahu pengsan mentarbiyyah kembali mereka yang sudah terpesong jauh. Pelbagai cara Si B lakukan untuk mengubah kembali identiti seorang Muslim Si A. Namun , tiada apa pun yang berubah. Akhirnya , Si B mengalah. Dia membawa diri semula ke Mesir.

Suatu hari , Si A ditimpa kemalangan. Si A sangat menyesal. Barulah Si A tersedar bahawa dia telah kehilangan separuh hatinya tatkala Si B pergi membawa diri. Si B yang mengetahui berita ini , pulang kembali ke Malaysia. Walau siapapun Si A , dialah sahabat sejanjinya. 

Si A terus memeluk erat Si B. Lontaran kata maaf diberikan selalu kepada Si B. Akhirnya , hubungan mereka dibaik pulih semula. Syukur kepada Allah.

" A , ingat tak janji kita dulu?"

" Ana ingat lagi. Ana minta maaf kerana banyak menyusahkan B"

" It's okay , jom kita perlu terus gemok dalam dakwah. Selagi belum mati , kita perlu berbakti kepada Islam."

" Jom. Mari kita berpegangan tangan menuju ke Syurga Allah bersama"




Moga Allah redha ^^