Friday, July 6, 2012

Teruskan perjalanan itu....


Dari Ibnu ‘Umar r.hum., dari Nabi saw., beliau menceritakan dari Tuhannyatabaraka wa ta’ala, Dia berfirman.”Siapa saja di antara hamba-Ku yang keluar berjihad di jalan-Ku karena mencari keridhaan-Ku, niscaya Aku jamin akan memulangkannya dengan membawa pahala dan ghanimah. Dan jika Aku cabut nyawanya, Aku jamin akan mengampuninya, merahmatinya, dan memasukkannya ke dalam surge.” [ H.R Ahmad ]
Baru sebentar tadi menonton video di Palestin.
Sebak sangat. Mereka di sana sanggup korban jiwa raga demi membela agama Islam.
Lumuran darah sana sini di negara mereka. Malah anak kecil pun turut sama.

Imbas kembali Salahuddin Al-Ayubi menawan Palestin , juga Umar Al-Khatab.
Terimbau kembali kisah Sultan Muhammad Al-Fateh menawan konstantinopel dengan jayanya.
Mereka semua mempunyai satu matlamat sahaja , iaitu Redha Allah.

Kita  , bagaimana pula? Adakah kita sanggup sahut cabaran untuk berperang di Palestin?
Pasti , kita semua tidak mahu ke sana kerana perasaan takut membaluti jiwa.

Jihad bukan berperang sahaja , namundalam penyampaian dakwah juga adalah salah satu jihad.
Kita telah berusaha banyak kali untuk menyampaikan dakwah pada orang ramai , namun tolakan serta hinaan yang kita terima. Sedangkan Rasulluah sendiri mengalami keadaan tersebut. Tetapi , atas usahanya dan ikhlasnya terhadap Allah , baginda berjaya memperluaskan Islam di seluruh pelusuk dunia.

"Perjalanan Dakwah tiada penghujung. Kita bukan pemula, bukan juga penghujung , tetapi penyambung. Maka jangan hentikan perjalanan itu. Teruskan berjuang demi meraih redha Ilahi."

Ketika pemilihan Amir untuk mengetuai peperangan ;


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.


p/s : solat pengukuh kekuatan Iman




Moga Allah redha ^^