Thursday, July 5, 2012

AMKA till Jannah

"Anti , ana saaayang anti kerana Allah"
"Ana pun sayangkan anti juga kerana Allah"

Semua orang pernah merasai sayang pada kawan , sahabat.
Bak kata orang , kawan ini tempat berkongsi kegembiraan.
Juga tempat berkongsi kesedihan.

Jika dah sayang , pasti semuanya tidak kisah.
Sanggup belanja , kongsi makananlah , kongsi rahsialah dan sebagainya.
Begitu indahnya kasih dan sayang yang kita kongsikan bersama.
Walaupun adakalanya ada perasaan iri hati terhadap kawan kita. Tetapi , jika kita sayang kerana Ilahi , insha-Allah , kita dijauhi sifat mazmumah itu.

Setiap kali hendak berpisah , pasti kita akan katakan " InshaAllah , panjang umur kita jumpa lagi."
Tapi , kalau kita ditakdirkan mati esok hari , bagaimana pula?
InsyaAllah , jannah Ilahi menunggu kita. Kita akan diertemukan kembali di syurga yang 2x ganda keindahannya.

Di sini , kalau kita sayang sahabat kita kerana Allah , maka Allah redha. 
Sebagaimana sabda Rasulluah s.a.w

Mafhumnya..
"Tidak lengkap iman sesorang selagi dia tidak menyayangi orang lain seperti kita menyayangi diri sendiri"
p/s: Cinta Allah tetap di carta teratas.Kekal abadi. :)

Moga Allah redha ^^