Saturday, March 3, 2012

tercabar #

In the name of Al-Ghafur,
bismillah..

pejam celik pejam celik.
kita dah masuk bulan tiga.
Kerja pun makin banyak.Masa pun makin suntuk.
dan yang makin dekat ni, EXAM.

Ustazah Khairrunisa kata..
"nanti ustazah nak buat graf UB1. Kita tengok siapa tinggi dan siapa rendah. Kita tengok siapa belajar dan siapa tidak.Ustazah akan paparkan dekat semua menti ustazah"
dengar je , tersentak!
adakah itu tidak tercabar?

Lalu , kami semua membantah tanda tidak bersetuju.
Ustazah tanya 'Mengapa antunna tidak bersetuju?'
Pelbagai alasan dilontarkan. Termasuk tidak cukup masa untuk blajar.
Kata -kata ustazah yang memberi kesan kat diri ini adalah
Masa itu ibarat pedang. kalau kita tidak memotongnya , dia akan memotomgkita begitu saja.Masa itu dia berlalu begitu sahaja. Dia tidak akan tunggu kita.

Ana duduk terkedu teringat pesanan ustazah.
Ana sahut cabaran itu.
Doakan ana supaya dapat lakukan yang terbaik terutama pelajaran Bahasa Inggeris yang dari dulu sampai sekarang tak pernah skor.

[jika kamu menolong agama Allah , Allah akan membantu kamu]




Moga Allah redha ^^