Saturday, March 3, 2012

| La Tahzan |

salamualaik..
mulakan menaip dengan baca bismillah tidak salah an? Moga mendapat mardhatillah.

adik , adik jangan bersedih ya
Hari tu , saya terjumpa junior yang duduk dalam keadaan bersedih.
Dari jauh pun , saya dah tahu dia bermasalah.
Lalu , saya dekat dengan dia.
Saya tanya dia ' Assalamualikum , adik okay? '
Dia hanya mampu tersenyum. Saya tertanya2 , besar sangatkah masalah dia?
Saya membalas senyumannya itu. Lalu saya tanya masalah yang dihadapinya.

Adik itu bersuara , ' akak , adakah benar Allah sayang kita?'
Saya terkejut. Tapi , saya senyum untuk mengelakkan mimik muka terkejut diketahui adik itu.
'Kenapa adik cakap cam gitu?'
Selama ini , saya tiada kawan.Saya cuma menyendiri mengenang nasib saya.

Air mata dia bergenang. Lalu saya menenangkan dia.
"Adik , adik tahu tak adik tidak bersendiri? "
Adik itu memandang muka saya. Muka pelik + gembira.
Maksud akak?
Adik jangan hiraukan kawan2 adik yang tidak mahu berkawan dengan adik itu , sesungguhnya adik ada kawan , kekasih yang kekal abadi. \
Siapa? adik itu makin pelik dibuatnya.
'Allah.' saya menjawab dengan penuh tenang.

Adik siapa nama? Lama bercakap tak tanya nama.
********.
akak pula siapa nama?
ohh , nama akak Sarah.
Terima kasih kak Sarah atas pengertian akak terhadap saya.
sama2.Saya tersenyum. Dia juga begitu.
Tapi , apa kata adik panggil akak Sarah je. Buat macam kawan sebaya.
Tapi kenapa? adik itu bertanya
Akak tak berapa senang junior panggil akak 'kak' kerana hakikatnya kita sama. Khalifah Allah di muka bumi.

hmm..
okay! Adik itu tersenyum riang.

#Ingat , jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita :)

 


Moga Allah redha ^^