Wednesday, October 16, 2013

Apabila hidayah Allah datang menyapa


Pagi yang hening. Tenang sang bayu menampar pipi. 

Humaira berdiri menghadap pantai. Sungguh tenteram hatinya. Segala masalah yang dihadapinya dilupakan seketika. Terasa lapang hatinya. Tiba-tiba , hujan tangisan jatuh membasahi pipi. Kenangan masa silam berlayar di kotak fikiran. Dia pada zaman jahiliyyahnya. Allah , peritnya. Terlalu banyak dosaku pada-Mu.

" Kau kenapa?! Aku nak keluar pun kau nak halang. Aku tidak sukalah kebebasanu disekat "

" Humaira , ibu risau kamu keluar malam-malam ni. Bahaya kat luar tu nak.. "

" Arghh! Lantaklah! "

Kunci kereta disambar lalu humaira bergegas ke kereta. Dia ingin berseronok di club malam. Baginya, hidupnya semasa remaja perlu digunakan sebaiknya untuk berseronok. Nanti dah tua barulah bertaubat.

Itulah Humaira pada zaman jahiliyyahnya. Hidupnya berubah setelah berkawan dengan rakan-rakan baharunya. Keluar rumah pagi , balik malam buta. Segala ibadah wajib dilanggar sesuka hatinya. Langsung tiada rasa insaf. Ibunya yang dulunya dihormati , sekarang tidak lagi. Dulu , anti lelaki. Sekarang, lelaki keliling pinggang. Maklumlah , mukanya sahaja telah memikat ramai lelaki. 

Walaupun hidupnya dikelilingi lelaki , namun dia tidak layan semua lelaki itu. Baginya , dia hanya ingin berseronok. Dia berpegang pada satu prinsip " Setia pada yang satu " Hatinya memang untuk kekasihnya. Malah , dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

Namun , kekasihnya itu seperti dia. Dia menanggap Humaira sebagai teman berseronok sahaja.Sedangkan bermati-matian Humaira suka padanya. 

Semuanya berubah apabila dia terlihat kekasihnya bersama perempuan lain. Hatinyna remuk seremuk-remuknya. Dia sangat kecewa. Sebelum ini , dia telah pun mendengar banyak cerita bahawa kekasihnya mempunyai perempuan lain , namun dipekakkanya  . Tetapi , setelah dilihat dengan mata kepalanya sendiri , barulah dia tahu. Kakinya laju melangkah ke pasangan mesra itu. Tidak semena-mena tangannya menghayun laju menampar pipi lelaki itu. 

" Ira , aku boleh jelaskan semua ini. "

" Sudahlah wan! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Tidak perlu lagi kau tegakkan benang yang basah. "

Akhirnya , dia pergi dengan hati yang kecewa.

Sesampainya di rumah , Humaira terus ke biliknya. Dia berasa sangat sedih. Namun , langkahnya terhenti apabila melalui bilik ibunya. Suara alunan ibunya yang sedang membaca Al-Quran telah tersentuh hatinya. Kakinya longlai lalu rebah di situ. Dia menangis sepuas-puasnya. Ibunya yang mendengar suara tangisan bersegera keluar. Dia terkejut melihat Humaira yang sedang bersandar di dinsing dengan tangisan laju membasahi pipi mulusnya.

" Humaira... Kenapa dengan kamu? "

" Ibu , maafkan Ira bu. Ira dan banyak buat salah pada ibu. "

" Alhamdulillah.. Akhirnya kamu telah diberi hidayah oleh Allah. "

Kini , Humaira seorang hafizah. Dia begitu menjaga ibadahnya dan ayat Al-Quran. Dia bersyukur kerana diberi peluang untuk bertaubat kepada Allah. Lantas dia teringat kisan Khalifah Umar yang disapa hidayah setelah mendengar ayat suci Al-Quran.

Terima kasih Ya Allah atas segalanya. Betapa besarnya kekuasaanMu. 

Prinsipnya: Setia Pada Yang Satu.

Sesungguhnya , manusia itu lemah.



Moga Allah redha ^^