Sunday, December 2, 2012

Cinta High Class

Bismillahirrahmanirrahim

I'm reading Cinta High Class. Okey , sebenarnya ini kali ketiga aku mengulangnya. Benarlah , jika Allah menghadiahkan cintaNya dalam pelbagai rupa , pasti kita tidak jemu menatapnya. Sungguh , Allah itu maha hebat. 

Ilmu kalau tidak dikongsi ,  sombong namanya. Kerana ilmu itu milik Allah. Jadi , ana nak kongsi kisah Malam Pertama Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Ikuti kisahnya...

Pada malam pertama mereka, berkata Saidatina Fatimah Az Zahra, “Wahai suamiku Ali, dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada الله kerana ayahanda memilihkan dinda suami yang tampan, soleh, cerdas, dan baik sepertimu”

Kata Saidina Ali, “Kanda pun begitu wahai Fatimahku sayang. Kanda sangat bersyukur kepada الله akhirnya cinta kanda kepada adinda yang selama ini dipendam telah menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini”

Fatimah pun berkata lagi dengan lembut, “Wahai suamiku, bolehkah dinda berkata jujur denganmu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi kelanjutan rumah tangga kita”

Kata Ali, “Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan, kanda mendengarnya”

Fatimah pun berkata, “Wahai Ali, maafkan dinda. Tahukan kanda bahawa sesungguhnya sebelum bernikah dengan kanda. Dinda telah lama mengangumi dan memendam rasa kepada seorang pemuda. Dinda juga tahu bahawa itu juga telah memendam rasa cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku, maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai الله”

            Saidina Ali berasa bahagia mendengar kata-kata Saidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun, Saidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin dengannya, ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun dia merelakan perasaannya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu رسول الله SAW.

            Kemudia Saidatina Fatimah berkata lagi, “Wahai suamiku sayang, maafkan adinda. Dinda tidak bermaksud untuk menyakitimu. Demi الله dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kanda adalah pemilik cintaku”

            Saidina Ali menjawab, “Fatimah, dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda berjuang memendam rasa cinta demi ikatan cinta bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah dinda saat ini kanda juga bersedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesumgguhnya kanda tidak  mahu orang yang kanda dicintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun dinda pasti mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh.

            Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Saidina Ali. Lalu Saidina Ali berkata lagi, “Wahai Fatimah, kanda sudah menikahimu tetapi kanda tidak sedikit pun belum menyentuhmu. Dinda masih suci, kanda rela menceraikan adinda mala mini agar dinda dapat berkahwin dengan pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum itu, bolehkah kanda tahu siapa pemuda yang dinda cinta itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi dari dirimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu”

Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia telah berkata, “Wahai Ali, demi الله dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana الله. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?”

            Ali mula menjadi keliru, lalu dia berkata dengan selembut mungkin, “Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan telah mencintai seorang pemuda tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda itu telah berkahwin”

            Lalu Fatimah berkata, “Kanda ingin tahu siapa pemuda itu? Baiklah sekarang dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang berada di sisi dinda. Dinda sangat mencintainya dan tekaan dinda memang benar, dia juga saat mencintai dinda. Pemuda itu bernama Ali bin Abi Thalib”

Subhanallah. Indah sekali usikan nakal Fatimah terhadap Imamnya. Bijak sungguh Saidatina Fatimah menguji cinta Saidina Ali. 


Inilah yang dikatakan Cinta High Class. Cinta yang mendaulatkan Allah nombor satu. Semoga Allah meredhai hubungan mereka. Amin ya Rabbal Alamin.

Moga Allah redha ^^