Friday, November 30, 2012

Langkah Tercipta


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM




Menginjak Disember 2012, melepasi Zulhijjah 1433H. Masa berlalu dengan pantas, langkahnya terlalu cepat, tidak terkejar dengan larian yang menggila.

Kehidupan terus dititi dan dilayar dengan ketabahan dan kesabaran. Ujian yang dihadapi dianggap kecil dan mampu dileraikan kekusutannya tatkala rasa kesyukuran terhadap segala nikmat dan rahmat-Nya melebihi segala yang ada. Allah, pada-Mu tempat kami memohon dan meminta...


Ketika Rasulullah mendapat perintah berhijrah.
Ketika orang Quraisy mengepung rumah untuk membunuh.
Ketika Ali menggantikan di tempat tidur.

Ketika Abu Bakar menemani persembunyian di Gua Thur.
Ketika buruan membunuh tetap diteruskan.
Ketika Abdullah, Asma dan ‘Amir berusaha membantu.

Ketika hanya 2 orang berjalan jauh di panas padang pasir.
Ketika Muslimin Madinah berhari hari menanti orang yang dirindui.
Dan ketika semuanya terlerai dengan kesyukuran.

Kisah 1433 tahun yang lalu,
Penghijrahan susah payah Nabi untuk menghijrahkan hati hati.
Penat. Tapi hasilnya mampu mengesani.

Sekarang ini 1434H. Hati kita, sudah berhijrahkah?



Moga Allah redha ^^