Monday, November 19, 2012

'couple' hanya dengan Dia


Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Single? Tidak pernah tertulis dalam kamus hidupku. Kerana sentiasa 'in relationship' dengan Rabbul Izzati.

#Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi. Letakkan Allah dalam hati kita sebagai cinta teragung. Jadikan Allah cinta pertama dan cintai Dia melebihi segala isi dunia yang fana’ ini. 





Moga Allah redha ^^