Sunday, November 4, 2012

Cheer up , dear.

Dengan Nama Allah yang tidak pernah tidur .

Hitung kira hari , hari ini 5 November. Jihadnya SPMers bermula. Bittaufiq Wannajah , 95's.
Alhamdullilah , last exam telahpun berakhir. Jihad terakhir adalah pada minggu lepas.
Nafas lega dihembuskan. 

Sedang nikmati kemanisan kebebasan , tiba-tiba ada announcement

" Perhatian kepada bakal2 lans koperal , sila rujuk nama anda di papan kenyataan musolla. Terima Kasih."

Kasih diterima tapi tidak ikhlas. :p

Waduh , macam mana boleh lupa yang weekend ni ada mukhayyam. Ya Allah , kenapa ujianmu bertubi2 menimpa hambamu ini? Tapi , aku tahu pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kekadang rasa menyesal pulak ambil ujian lans koperal tu. Kalau tak ambil , pasti dah menjerit 'merdeka' kat rumah nanti. Eh , PMR tahun depan. Haihh!

Pagi hari bermulanya mukhayyam , Allah bagi lagi ujian yang membuatku gelisah. Name tag KRS dan badge HILANG! Ya Allah! Ketika itu , aku hanya mampu berdoa pada Allah. Akhirnya , jumpa juga. Belakang rak je. Sebabkan proses pencarian tadi , lambatlah ke sekolah. Dush.

Time mukhayyam pula , Allah takdirkan rahmatnya turun mencurah2 , membasahi bumi. Khemah basah habis , senang kata banjir tahap gaban. Alhamdullilah , khemah kumpulanku tidak seteruk mana. Dan , dalam khemah tu , tempat di mana terletaknya begku langsung tidak basah. Pelik bin Ajaib. Syukur. Syukur. Malam tu , kami kesejukan. Lagi2 , duduk dalam dewan ber'aircond' , huihh lagilah sejuk. Orang kata mukaku pucat. Tapi , aku terus kuat semangat. Fighting , Sarah!

Akhirnnya , diriku berjaya menjalani mukhayyam tersebut. Alhamdullilah. Dan kerana perkara sedemikian telah mengajarku banyak perkara. O Allah , thanks :') 

So Sarah , being cheer up muslimah.

Allah suka orang yang kuat semangat :')




Moga Allah redha ^^