Sunday, November 11, 2012

Pandangan Allah

In the name of most awesome creature.



Suatu hari ketika kawan si ayah ingin berjumpa dengan ayah sekali membawa anak terunanya sekali.

Setelah memberi salam dan berjabat tangan , ayah mempersilakan kawannya serta anaknya untuk duduk. Aku sekadar melihat mereka di sebalik tirai. Aku malu. Dengan keadaan dan rupaku yang tidak enak dipandang , aku jarang keluar rumah.

Tiba-tiba ,

" Aisyah , tolong buatkan air! " kedengaran ayah melaung namaku.
Aku gelisah. Sudahlah ummi tidak ada.
Otakku ligat berfikir. Akhirnya , aku turuti sahaja kemahuan ayah. " Sebentar , ayah "

Beberapa minit kemudian..

Aku keluar dengan berpakaian jubah dan memakai purdah. Itu semua idea datang last minute. Fuh! Lega. Aku keluar sambil menatang dulang berisi air. Aku perasan anak kawan ayah asyik memandang aku. Aku rasa tidak selesa. Cepat-cepat aku beredar dari situ.

' Apahal anak aku pakai purdah pulak ni' hati ayah berbisik.
" Hei! Asal anak kau pakai purdah? Tidak perlu tutup muka pun tidak mengapa , aku memang dah tahu pun. " Kata kawannya si ayah memandangkan dia tahu keadaanku dan dia tidak menyenanginya.

Ayah hanya tersenyum. Kalau kau tahu , anak aku ini selalu beribadat kepada Allah , mesti kau malu. Haihh! Biarin jelah.

" hei! kau dengar tidak? "

Ayah tersedar. " Hmm.. Man , walau dia tidak cantik pada pandangan kau , tapi dia indah sekali pada pandangan aku , isteri aku , dan juga....Allah"
"Maksud kau?"
" Kalau kau nak tahu , setiap malam aku nampak dia bangun qiam.Bertahajjud pada tuhannya , memohon ampun kepada rabbnya."

Kawannya si ayah sudah malu. " Kalau begitu , sekarang juga aku lamar dia " Kawan ayah berhenti sejenak. Kemudian dia menyambung " Untuk anak aku."

Anaknya tersengih2 malu dan bersetuju terhadap keputusan ayahnya itu. Aisyah yang dari tadi di sebalik tirai hanya tersenyum dan bersyukur trhadap Ilahi. Dia lihat ciri2 jejaka yang selama ini dia idamkan ada pada lelaki di ruang tamu. Dia beristikharah dan memohon agar pilihannya tidak salah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Moga Allah redha ^^