Saturday, October 6, 2012

Kitab Cinta Ilahi


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. Satu pahala keinginan untuk membaca dan kedua pahala kesungguhan. [HR Bukhari dan Muslim]

Orang kini baca novel tak sampai sehari , tapi kenapa Kitab Cinta Ilahi ini tidak mampu dihabiskan walaupun bertahun-tahun lamanya? Kenapa? Kenapa?

Ana teringat ustazah memberikan tazkirah express. Beliau kata ada seorang pembesar kejam [takingatnama] telah ditangkap dan dimasukkan penjara. Kemudian , orang bawahannya berusaha untuk membebaskannya namun beliau rileks sahaja. Sepanjang dia tinggal di penjara , dia sudah mempunyai rancangan. Saban hari , dia melihat ragam orang orang islam yang bekerja di penjara itu. Dia dapat lihat bahawa mereka semua di situ tidak lenggang dengan AlQuran. Akhirnya , dia tahu kenapa orang Islam kuat dan maju. Setelah beberapa tahun , dia dibebaskan. Kemudian , dia bertemu dengan orang bawahannya dan berkata:

Aku dah tahu kenapa orang islam kuat dan teguh. Sebab mereka berpegang teguh dengan kitab mereka. Dan suatu hari , aku akan pastikan mereka  akan terlepas dengan kitab mereka itu

Akhirnya? Dia berjaya! Kita lihat umat Islam sekarang bukan setakat nak ambil Al-Quran , baru lihat Al-Quran kat atas lantai pun buat nonong je.  Nauzubillah.
Ayuh , marilah kita refleksi diri kita agar sentiasa menyayangi dan menghormati AlQuran sepenuhnya. Sesungguhnya , Allah suka pada hambaNya yang berhubung dengan AlQuran. Allahumma Amin..
Moga Allah redha ^^