Saturday, March 10, 2012

Fitrah Menjadi Fitnah?

Baru sebentar tadi duduk dan baca buku solusi , buku yang sentiasa menjadi rujukan ramai atas kandungan ilmunya.
Sambil belek-belek , terlihat satu kandungan yang menarik perhatian.

["Bercinta" sebelum nikah]
Itulah tajuk yang terpapar di situ.
Orang kata , cinta itu boleh tapi ada yang kata tidak. Mana satu ni?

Rasulluah bersabda mafhumnya : Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan.


Itulah jawapan sebenarnya
Pandangan orang yang bercinta ni dispefikasikan dalam pelbagai hal.
Selalunya:

  • kerap balas SMS dengan pasangan walaupun tiada keperluan
  • sering bergayut di telefon walaupun tidak berurusan
  • selalu keluar berdating
dan sebagainya..

"bercinta" itu memang fitrah bagi seseorang manusia
tetapi , jika tidak diuruskan mengikut panduan wahyu , ia mampu membawa kepada fitnah.
Inilah isu yang sering kali kabur di pandangan masyarakat.

p/s: Bercinta selepas nikah lagi indah daripada cinta sebelum nikah.

 


Moga Allah redha ^^