Wednesday, October 5, 2011

I'm a supergirl :)

kadang kala kita terasa bahawa diri kita mempunyai segalanya..
kita merasakan  bahawa diri kita sempurna
tetapi kita terlupa akan sesuatu
bahawa semua yang kita miliki adalah kepunyaan yang Maha Esa
telitilah amalan yang kita lakukan selama ini
adakah ia dilakukan dengan Ikhlas?
atau ia dilakukan untuk menunjuk-nunjuk

"aku solat khusyuklah! Biar orang ingat kita ni baik,alim.
astaghfirullah..
sampai begini sekali syaitan menghasut anak anak adam!
wahai anak keturunan nabi adam,
insaflah,
kerana kun fayakun mampu mengubah segalanya..
bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..

hmm..ini baru bab amalan
mari kita lihat perangai pulak..

sekarang,
kita kembali ke zaman jahiliah,
zaman yang membuang bayi,berzina berleluasa
adakah ia sama dengan zaman sekarang
fikirkan,
berzina sekarang berleluasa antara berlainan jantina,
kemudian si perempuan mengandung anak hasil perzinaan,
dan tiba waktu melahirkannya,
anak itu dibuang.
adakah patut!
anak kecil yang tidak berdosa dibuang!
Astaghfirullah..
Ya Allah,
ampunilah dosa dosa mereka..
adakah ini dikatakan kita berkuasa?
jadi benarlah bahawa kita adalah manusia biasa.
manusia yang melakukan banyak dosa.
I'm not a supergirl

salam ukhuwah,
Little Khalifah<3

Moga Allah redha ^^